January 3rd, 2025 by Admin JPRK
Selepas lawatan ke Laman Penjaja MADANI Seksyen 10, Wangsa Maju, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, telah meluangkan masa untuk melawat PA Desa Rejang bagi meninjau keadaan lif yang dilaporkan rosak sebelum ini.
Terkini, satu unit lif telah kembali berfungsi dan boleh digunakan oleh penduduk mulai semalam, manakala dua lagi unit lif sedang dalam proses penggantian sebagai sebahagian daripada fasa kedua projek pembaikan.
Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah YB Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Setiawangsa, serta YBhg. Dato’ Seri TPr. (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.
All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)