March 6th, 2026 by Admin JPRK
Pada hari ini telah berlangsung Program Bubur Lambuk DBKL 2026 yang dianjurkan oleh Jabatan Integriti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan kerjasama persatuan warga kerja iaitu IKATAN, KESEDARAN, PUSPANITA serta pihak surau Surau Al-Amin Menara 1 dan Surau An-Nur Menara 3.
Program yang diadakan buat julung kalinya ini merupakan salah satu inisiatif bagi menyantuni warga kerja di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan kakitangan DBKL, khususnya sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Melalui program ini, semangat kebersamaan dan gotong-royong dapat dipupuk selain menyemarakkan lagi nilai perpaduan dalam organisasi.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama barisan Pengurusan Tertinggi DBKL yang turut meluangkan masa beramah mesra serta menyampaikan bubur lambuk kepada para hadirin.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Semoga program seumpama ini akan terus diperkasakan pada masa akan datang dalam usaha memperkukuh kesejahteraan serta memupuk nilai integriti dalam kalangan warga kerja DBKL.
|
|
|
|
Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.
All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)