Default Banner

Program Nur Ramadan 1447H/2026 Peringkat Parlimen Segambut

Home / News & Events / Program Nur Ramadan 1447H/2026 Peringkat Parlimen Segambut

March 11th, 2026 by Admin JPRK

Semalam telah berlangsung Program Nur Ramadan 1447H/2026 peringkat Parlimen Segambut yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Program ini telah dihadiri oleh YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama YB Datuk Lo Su Fui, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan serta Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan antara kerajaan dan komuniti setempat melalui pendekatan mesra rakyat, sekali gus mengimarahkan lagi kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak dengan semangat kebersamaan dan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.

Dalam majlis yang penuh bermakna ini, seramai 300 orang asnaf dari kawasan Parlimen Segambut telah menerima sumbangan tunai daripada peruntukan zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Bantuan ini diharapkan dapat membantu meringankan beban kos sara hidup penerima serta membuat persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Selain bantuan kepada individu, majlis ini turut menyampaikan sumbangan kepada Masjid Wilayah Persekutuan, Sekolah Rendah Agama Ibnu Kathir dan Madrasah Manbaul Uloom sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh pembangunan komuniti, khususnya dalam bidang pendidikan serta aktiviti keagamaan di kawasan setempat.

Pelaksanaan Program Nur Ramadan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melibatkan 11 kawasan Parlimen secara berperingkat mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam menyemai nilai kesejahteraan, ihsan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat, selaras dengan aspirasi membentuk sebuah bandar raya yang inklusif, harmoni dan sejahtera.

Logo DBKL
background grey

Contact Us

Kuala Lumpur City Hall

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Total Visitor

Today:

0

Total:

0

Latest Update:

13/03/2026

Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.

All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)

ISO