March 8th, 2026 by Admin JPRK
Hari ini telah berlangsung Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan 2026/1447 Peringkat Parlimen Bukit Bintang bertempat di Masjid Al-Sultan Abdullah, Merdeka 118, Kuala Lumpur.
Majlis ini telah dihadiri oleh YB Tuan Fong Kui Lun, Ahli Parlimen Bukit Bintang bersama YBrs Tuan Ismadi bin Sakirin, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL serta wakil agensi berkaitan.
Melalui program ini, seramai 300 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf dan miskin bandar sekitar Parlimen Bukit Bintang telah menerima sumbangan bagi membantu meringankan beban mereka sepanjang bulan Ramadan.
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam menyantuni golongan yang memerlukan serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam komuniti.
|
|
|
|
Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.
All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)