Default Banner

Semangat Merdeka, Jalinan Komuniti Diperkukuh

Home / News & Events / Semangat Merdeka, Jalinan Komuniti Diperkukuh

August 13th, 2026 by Admin JPRK

Program Semarak Merdeka Parlimen Bandar Tun Razak anjuran Pejabat Cawangan Bandar Tun Razak, DBKL telah berlangsung pada 12 Ogos 2026.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran YB Datoโ€™ Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur, bersama pengarah-pengarah jabatan, wakil agensi serta pemimpin komuniti setempat.

Antara pengisian program ialah perbarisan kawad anggota penguat kuasa diiringi brass band, penyampaian Jalur Gemilang kepada agensi dan rakan strategik serta pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan awam dan agensi.

Program ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan antara DBKL, pemimpin masyarakat, komuniti dan rakan strategik, di samping menyemarakkan semangat patriotisme sempena Bulan Kebangsaan.

3. 770738450 1240956644813388 3105893861550702354 n

3. 771926127 1578795723922679 6511026049311128727 n

3. 772271067 2127184577867885 5352354358897140050 n

3. 773291035 1069667872143756 5374973480644164928 n