Default Banner

Taklimat Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (Arpa) Kepada Pegawai Dan Kakitangan DBKL

Home / News & Events / Taklimat Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (Arpa) Kepada Pegawai Dan Kakitangan DBKL

June 25th, 2026 by Admin JPRK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menganjurkan Taklimat Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) 2025 kepada pegawai dan kakitangannya pada 25 Jun 2026 bertempat di Bilik Gerakan, Menara DBKL 1. Taklimat tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Nor Azlina binti Mohd Saad, Pengarah Eksekutif Pengurusan DBKL.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Pengarah Seksyen Perancangan Strategik, Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri bersama pegawai daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan kesedaran warga kerja DBKL terhadap hala tuju serta aspirasi Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA), khususnya dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, berintegriti, inovatif dan berorientasikan rakyat.

Melalui penganjuran taklimat ini, warga kerja DBKL turut didedahkan kepada inisiatif, strategi dan pendekatan reformasi yang mampu memperkasakan tadbir urus organisasi serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

DBKL kekal komited untuk menyokong pelaksanaan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam melalui pemerkasaan budaya kerja berprestasi tinggi, pengukuhan kecekapan organisasi serta penyampaian perkhidmatan yang lebih responsif, mampan dan berimpak tinggi, selaras dengan aspirasi membina sebuah perkhidmatan awam yang cemerlang demi kesejahteraan warga kota.