May 9th, 2026 by Admin JPRK
Warga kota kini boleh menikmati lebih masa untuk beriadah apabila waktu operasi 10 taman awam di bawah seliaan DBKL dilanjutkan bermula seawal jam 5.30 pagi hingga 10.00 malam.
Taman-taman yang terlibat ialah Taman Botani Perdana, Taman Tasik Titiwangsa, Taman Metropolitan Kepong, Taman Tasik Permaisuri, Taman Bukit Jalil, Taman Tasik Menjalara, Taman Pudu Ulu, Taman Rekreasi Alam Damai, Taman Tasik Ampang Hilir dan Taman Tasik Danau Kota.
Selain itu, Taman Botani Perdana dan Taman Tasik Titiwangsa turut dilanjutkan waktu operasi sehingga jam 12.00 tengah malam pada setiap Jumaat dan Sabtu bagi memberi lebih ruang kepada warga kota dan keluarga menikmati aktiviti riadah pada waktu malam dalam suasana yang lebih santai dan selesa.
Kemudahan ini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga kota untuk mengamalkan gaya hidup sihat di samping menikmati suasana hijau dan nyaman di taman-taman awam sekitar Kuala Lumpur.
|
|
|
|
Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.
All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)