Default Banner

Taman Tasik Permaisuri Terima Anugerah Rosa-Sinensis 2026

Home / News & Events / Taman Tasik Permaisuri Terima Anugerah Rosa-Sinensis 2026

August 8th, 2026 by Admin JPRK

Taman Tasik Permaisuri, Cheras menerima Anugerah Rosa-sinensis โ€“ Penarafan Taman Awam 2026 sempena Hari Landskap Negara 2026.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, kepada YBrs. Tuan Shamshul Joehari bin Zainal Mokhtar, Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek mewakili Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengiktirafan ini membuktikan komitmen DBKL dalam memastikan taman awam dan kawasan hijau di Kuala Lumpur dirancang, dibangunkan dan diurus secara komprehensif demi mewujudkan persekitaran bandar yang berkualiti dan berdaya huni.

Satu lagi pengiktirafan buat Kuala Lumpur dalam usaha memperkasa bandar hijau dan sejahtera.