March 30th, 2026 by Admin JPRK
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan rondaan, pemantauan serta tindakan penguatkuasaan di sekitar kawasan pusat bandar melibatkan beberapa lokasi tumpuan.
Dalam operasi ini, DBKL telah mengambil 5 tindakan sita barangan terhadap penjaja bukan warganegara kerana menjalankan aktiviti tanpa kebenaran. Tindakan ini dilaksanakan bagi memastikan pematuhan undang-undang serta menjaga ketenteraman kawasan awam.
DBKL akan terus mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan aktiviti penjajaan di bandar raya ini berjalan secara teratur serta mematuhi peraturan yang ditetapkan.
|
|
|
|
Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.
All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)