May 13th, 2026 by Admin JPRK
Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama pasukan DBKL telah turun padang meninjau aktiviti penjaja di sekitar Jalan Tasik Selatan 21 dan Jalan Tasik Selatan 30.
Tinjauan tersebut dilaksanakan bagi melihat sendiri keadaan semasa di lokasi termasuk aspek penggunaan ruang awam, parkir, laluan jalan serta keselesaan penduduk setempat. DBKL akan meneliti dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang serta prosedur yang berkuat kuasa.
DBKL komited untuk terus mempergiat pemantauan dan tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan sekitar sentiasa teratur, selamat dan kondusif untuk warga kota.
|
|
|
|
Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.
All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)