Default Banner

Tinjauan Kebersihan Pusat Penjaja Dan Kemudahan Awam Sekitar Bandar Tun Razak

Home / News & Events / Tinjauan Kebersihan Pusat Penjaja Dan Kemudahan Awam Sekitar Bandar Tun Razak

April 6th, 2026 by Admin JPRK

Pada hari ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan tinjauan di D' Anjung Selera MADANI Jalan Jujur bagi memastikan tahap kebersihan dan penyelenggaraan berada dalam keadaan baik serta selesa untuk kegunaan orang ramai. Pemeriksaan tertumpu kepada aspek kebersihan gerai, tandas awam serta sistem perangkap gris (grease trap) bagi memastikan pengurusan sisa makanan dilaksanakan dengan teratur dan tidak menjejaskan persekitaran. Dalam lawatan yang sama, DBKL turut meninjau sebuah klinik kesihatan berhampiran bagi melihat keperluan kemudahan kepada pengunjung. Sehubungan itu, DBKL bersetuju untuk menyumbang kerusi tambahan bagi kegunaan pelawat yang menunggu giliran, demi keselesaan dan kemudahan orang ramai. Usaha ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan DBKL dalam memastikan kemudahan awam sentiasa berada pada tahap terbaik, bersih dan selesa untuk semua warga kota.

1. 668765644 1506740324347985 6607258765624117740 n

1. 667994611 1506740427681308 5341340050529652584 n

1. 667477415 1506740497681301 7304619037280436063 n

1. 668355270 1506740607681290 6523416678750006024 n