February 21st, 2026 by Admin JPRK
Sekitar sesi turun padang YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama YB Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Datuk Bandar Kuala Lumpur ke Bazar Ramadan Taman Tasik Permaisuri pada petang semalam.
Lawatan ini bertujuan meninjau operasi bazar Ramadan pada hari kedua berpuasa serta menyantuni para penjaja dan pengunjung yang hadir.
Turut diagihkan botol pengumpulan minyak masak terpakai kepada penjaja serta beg kitar semula kepada pengunjung sebagai galakan amalan kelestarian dan kebersihan.
Bazar Ramadan Taman Tasik Permaisuri merupakan salah satu daripada sembilan bazar Ramadan seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Penganjuran bazar Ramadan ini mencerminkan usaha berterusan DBKL dalam menyediakan ruang niaga yang tersusun dan kondusif, sekali gus menyokong aktiviti ekonomi setempat sepanjang bulan Ramadan.
|
|
|
|
Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.
All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)