February 5th, 2025 by Admin
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah melaksanakan tindakan khas ke atas penjaja warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa lesen di sekitar Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur pada 2 Februari 2025.
Hasil daripada tindakan tersebut, sebanyak 8 tindakan sita serta-merta telah dilaksanakan ke atas penjaja warga asing tanpa lesen di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur. Tindakan dilaksanakan di bawah UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.
Kesemua barangan yang dikenakan tindakan sita telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi.
Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti. Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan tertera seperti berikut.
Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.
All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)