Default Banner

TAMAN BUKIT JALIL

Utama / Fasiliti Awam / Taman Awam / TAMAN BUKIT JALIL

Terletak di selatan Kuala Lumpur, Taman Bukit Jalil merupakan sebuah taman awam yang mempunyai keluasan 33 hektar dengan topografi berbukit-bukit di kawasan Parlimen Seputeh. Kedudukan taman yang strategik dikelilingi pembangunan pesat menjadikan Taman Bukit Jalil tumpuan kepada pengunjung yang mengidamkan suasana tenang dan nyaman untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga dan teman-teman.


Dilengkapi tiga pintu masuk utama yang boleh diakses oleh pengunjung taman iaitu Pagar A, B dan C. Kemudahan petak parkir kereta di semua pintu masuk utama yang berjumlah 690 petak serta petak parkir motorsikal berhampiran Pagar B dan C. Menelusuri trek pejalan kaki sepanjang 5KM, pengunjung dapat menikmati suasana tenang dan damai dinaungi 6162 batang pokok yang berkonsepkan hutan semulajadi untuk biodiversiti bandar. Kemudahan seperti pejabat pengurusan taman, tandas awam, sebuah surau dan juga dua buah kiosk yang disediakan di taman ini. Seterusnya adalah dua set modular taman permainan kanak-kanak yang dilengkapi alatan permainan seperti ‘see-saw’, ‘swing’ dan ‘animal spring’. Bagi mereka yang menginginkan aktiviti statik, alatan senaman fitness station juga disediakan.


Berkonsepkan taman pendidikan, Taman Bukit Jalil merupakan satu-satunya taman awam di Kuala Lumpur yang menempatkan laman antarabangsa yang mempunyai keluasan kawasan berjumlah 1.4 hektar. Laman antarabangsa yang menjadi tumpuan kepada pengunjung ini terdiri daripada 10 laman iaitu Malaysia, England, Holland, Jepun, China, Iran, Indonesia, Thailand, Canada dan Peru. Selain itu, dua buah tasik dan sebuah kolam air pancut menjadi tarikan pengunjung untuk aktiviti ‘bird-watching’ dan ‘fish-feeding’ terutamanya pada waktu hujung minggu.


Waktu taman dibuka adalah bermula dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. Para pengunjung diharap dapat mematuhi Undang-Undang Kecil Taman 2012 untuk memastikan keselesaan semua.


Bagi mereka yang berminat untuk menganjurkan aktiviti secara ’outdoor’ seperti aktiviti Hari Keluarga, Penggambaran dan lain-lain, bolehlah membuat tempahan melalui Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi di talian 03-26176393.


Logo DBKL
background grey

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

14/09/2025

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ISO