Default Banner

TAMAN RIMBA BUKIT KERINCHI

Utama / Fasiliti Awam / Taman Awam / TAMAN RIMBA BUKIT KERINCHI

Taman Rimba Bukit Kerinchi terletak di Kg. Kerinchi, Pantai Dalam berhampiran dengan kawasan pembangunan Pantai Hillpark, Jalan Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Mempunyai keluasan tapak keseluruhan kawasan hijau seluas 66.15 hektar ( 163.463 ekar ) dengan keadaan topografi yang tidak rata, diliputi oleh hutan sekunder dan bekas ladang tanaman getah yang tidak diusahakan lagi. Pada amnya ia adalah merupakan kawasan bukit yang juga berfungsi sebagai kawasan tadahan air. Diurus tadbir sepenuhnya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta telah direzabkan sebagai kawasan hijau.


Kawasan ini juga merupakan sempadan antara negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Kurang dari sebahagian kawasan hutan ini merupakan kawasan milik Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan telah dibangunkan menjadi kawasan rekreasi bagi penduduk sekitar Petaling Jaya. Konsep pembangunan keseluruhan bagi taman ini adalah untuk mewujudkan sebuah taman awam yang menghubungkan manusia dengan alam semulajadi.


Ekosistem dan panorama semulajadi dikekalkan dan hanya sedikit pengubahsuaian pembangunan dilaksanakan bagi kemudahan kepada semua golongan masyarakat dan peringkat umur untuk berekreasi dan beriadah. Selain itu rekabentuk pembangunan juga mengambilkira keperluan pengguna dengan bercirikan konsep mesra pengguna serta pembangunan mental dan fizikal dari sudut kesihatan.


Pembangunan (Fasa 1) bermula dari kerja-kerja pembersihan tanah melibatkan kawasan letak kenderaan, sistem perparitan, kerja-kerja elektrik / lampu, pembinaan jambatan, wakaf dan ruang solat, edible garden dan papan tanda arah yang bersesuaian.


Pembangunan (fasa 2) pula adalah penambahbaikan keselesaan dan keselamatan pengunjung. Pembinaan camp site, tandas, board walk, railway slipper, bangku duduk dan pondok pengawal. Hanging bridge, forest trail dan forest, trail steps, pelantar bertingkat, jambatan kayu, loose alphabeth, signages nama taman.


Objektif pembangunan di taman ini mengambil kira kemudahan riadah, rekreasi dan aktiviti sosial sebagai pemangkin pembangunan mewujudkan suasana hidup yang lebih sihat, keharmonian kekeluargaan dan kemasyarakatan. Di samping pemuliharaan alam semulajadi dan habitatnya dan pengekalan rezab hutan sediada didalam pusat bandar.


Bagi mereka yang berminat untuk menganjurkan aktiviti secara outdoor seperti aktiviti Hari Keluarga, Penggambaran dan lain-lain, bolehlah membuat tempahan melalui Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi di talian 03-26176393.


Logo DBKL
background grey

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

14/09/2025

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ISO