Taman Metropolitan Batu yang terletak di Utara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah merupakan taman yang menyediakan perkhidmatan rekreasi ‘outdoor’ kepada wargakota Kuala Lumpur. Berkeluasan 30.232 hektar (74.706 ekar), taman ini mengambil kira ciri-ciri pembangunan dan kemudahan untuk pelbagai peringkat umur serta kemudahan untuk orang kelainan upaya ‘OKU’ seperti mengadakan kawasan rekreasi terbuka, kawasan permainan kanak-kanak, menyediakan pejabat pentadbiran dan penyelenggaraan, bangku taman, wakaf, tandas awam, siarkaki, jogging trek, alat senam riang dan tempat letak kereta.
Taman ini diwujudkan sebagai sebuah taman rekreasi yang berkonsepkan riadah kepada para pengunjung. Taman ini juga memberi tarikan dalam mengembangkan serta membangunkan fizikal dan mental pengunjung, sihat, penyayang, penuh imaginasi, berkeyakinan, mencabar dan berwawasan.
Bersantai menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga antara aktiviti yang baik untuk menenangkan fikiran. Kini aktiviti riadah lebih mudah kerana pelbagai kemudahan disediakan berhampiran kawasan perumahan tanpa perlu berjalan jauh. Misalnya, di ibu negara masih banyak destinasi yang boleh dikunjungi membawa keluarga tanpa mengeluarkan belanja besar.
Kemudahan peralatan permainan kanak-kanak seperti set permainan integerasi, papan luncur, buaian, jongkang-jongkit, alatan memanjat dan sebagainya disediakan untuk kegunaan kanak-kanak berusia 2 sehingga 12 tahun. Pengunaan alatan permainan oleh kanak-kanak haruslah dibawah pemantauan ibu bapa dan penjaga. Terdapat satu kawasan pentas terbuka amphitheatre telah dibina untuk pengunjung melakukan pelbagai aktiviti terbuka khususnya bagi penganjuran program dan persembahan. Disediakan bangku berteres kepada pengunjung agar dapat duduk melihat amphitheatre secara terbuka.
Waktu taman dibuka adalah dari jam 6.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari. Para pengunjung diharap dapat mematuhi undang-undang kecil taman 2012 untuk memastikan keselesaan semua.
Bagi mereka yang berminat untuk menganjurkan aktiviti secara ‘outdoor’ seperti aktiviti hari keluarga, penggambaran dan lain-lain, boleh membuat tempahan melalui Jabatan Pembangunan Landskap Dan Rekreasi di talian 03-26176393.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
03 2617 9000
03 2698 0460
dbkl@dbkl.gov.my
Hari Ini:
0
Keseluruhan:
0
Kemaskini Terakhir:
14/09/2025
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)