Default Banner

TAMAN TASIK AMPANG HILIR

Utama / Fasiliti Awam / Taman Awam / TAMAN TASIK AMPANG HILIR

Taman Tasik Ampang Hilir meliputi keluasan keseluruhan seluas 16 hektar. Pembangunan Taman Tasik Ampang Hilir ini berlandaskan Konsep Pembangunan Lestari yang menyediakan kemudahan rekreasi dan riadah yang berintegrasi dengan alam sekitar untuk orang ramai di sekitar kawasan Ampang, Kg.Pandan dan kawasan-kawasan yang berdekatan. Selain itu, taman ini memenuhi keperluan bagi semua golongan samaada warga tua, muda dan kanak-kanak termasuklah golongan orang kelainan upaya ’OKU’.


Taman ini menjadi tumpuan bagi aktiviti 'jogging' mengelilingi tasik diwaktu pagi dan petang. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan antaranya 'outdoor gym', taman permainan kanak-kanak 'intergrated playstructure' yang berkonsepkan 'open plaza', wakaf, 'jogging track', tandas awam, refleksologi, kawasan lapang dan lain - lain.


Bagi mereka yang ingin mengadakan aktiviti secara ‘indoor’, taman ini menyediakan sebuah dewan yang menyediakan kemudahan sukan seperti badminton dan bola jaring. Dewan ini juga terbuka untuk mereka yang ingin mengadakan majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan aktiviti sosial juga. Tempahan dewan boleh dibuat dengan melayari laman web https://appsys.www.dbkl.gov.my/kl-spef atau menghubungi Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan di talian 03-26176289.


Taman ini dibuka setiap hari bermula dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. Para pengunjung diharap dapat mematuhi Undang-Undang Kecil Taman 2012 untuk memastikan keselesaan semua.


Bagi mereka yang berminat untuk menganjurkan aktiviti secara ’outdoor’ seperti aktiviti Hari Keluarga, penggambaran dan lain-lain, bolehlah membuat tempahan melalui Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi di talian 03-26176393.


Logo DBKL
background grey

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

14/09/2025

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ISO