Default Banner

TAMAN TASIK DANAU KOTA

Utama / Fasiliti Awam / Taman Awam / TAMAN TASIK DANAU KOTA

Taman Tasik Danau Kota telah dibina bersebelahan dengan Setapak Sentral Mall serta mempunyai keluasan keseluruhan iaitu 13.26 hektar. Taman ini juga telah dibina berlandaskan konsep pembangunan seperti menyediakan kemudahan rekreasi dan riadah untuk penduduk setempat dan sekitarnya. Selain itu, taman ini sangat bersesuaian serta memenuhi keperluan bagi semua golongan sama ada warga tua, muda dan kanak-kanak termasuklah golongan orang kelainan upaya ’OKU’.


Taman ini menjadi tumpuan bagi aktiviti 'jogging' mengelilingi tasik iaitu sepanjang 1.5km diwaktu pagi dan petang. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan antaranya 'outdoor gym', taman permainan kanak-kanak 'intergrated playstructure', 'open plaza', wakaf, 'jogging track', tandas awam, kawasan lapang dan lain - lain. Lokasi tempat letak keretanya sangat strategik kerana ianya hampir dengan kawasan riadah untuk kemudahan pengunjung taman. Waktu taman dibuka adalah bermula dari jam 6.30 pagi hingga 10.00 malam setiap hari.


Selain daripada aktiviti riadah dan rekreasi, Taman Tasik Danau Kota juga sangat sesuai bagi jurugambar untuk 'outdoor shooting' kerana pemandangannya sangat tenang dan cantik dengan berlatar belakangkan tasik.


Bagi mereka yang berminat untuk menganjurkan aktiviti secara ’outdoor’ seperti aktiviti Hari Keluarga, Penggambaran dan lain-lain, bolehlah membuat tempahan melalui Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi di talian 03-26176393.


Logo DBKL
background grey

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

14/09/2025

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ISO