Default Banner

TAMAN TASIK MENJALARA

Utama / Fasiliti Awam / Taman Awam / TAMAN TASIK MENJALARA

Nama MENJALARA ini bersempena nama Paduka Seri Cik Manjelara (Makche Menjalara). Nama asal Paduka Seri Cik Manjelara adalah Nerang A/P Luang Nara Borirak. Beliau berketurunan Siam dari Alor Setar, Kedah dan merupakan isteri kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Sultan Kedah). Beliau juga ibu kepada Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.


Taman Tasik Menjalara berkeluasan 10.5 hektar adalah sebuah taman tasik untuk orang ramai berekreasi dan beristirehat dan dilawati serta dikunjungi dari masa ke semasa. Taman ini dibina berdasarkan konsep taman rekreasi dan tempat riadah.


Taman ini menjadi tumpuan bagi penduduk Taman Menjalara, Bukit Maluri dan kawasan berdekatan untuk melakukan aktiviti seperti berjoging mengelilingi tasik pada waktu pagi dan petang. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan antaranya ‘outdoor gym’, taman permainan kanak-kanak ‘intergrated playstructure’ ‘open plaza’, wakaf, ‘jogging track’, tandas awam, refleksologi, dan lain - lain. Lokasi tempat letak keretanya sangat strategik kerana ianya hampir dengan kawasan riadah untuk kemudahan pengunjung taman.


Selain daripada aktiviti riadah dan rekreasi, Taman Tasik Menjalara juga menjadi pilihan lokasi bagi jurugambar untuk ‘outdoor shooting’ kerana pemandangannya sangat tenang dan cantik.


Waktu taman dibuka bermula dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. Para pengunjung diharap dapat mematuhi Undang-Undang Kecil Taman 2012 untuk memastikan keselesaan semua.


Bagi mereka yang berminat untuk menganjurkan aktiviti secara ’outdoor’ seperti aktiviti hari keluarga, penggambaran dan lain-lain, bolehlah membuat tempahan melalui Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi di talian 03-26176393.


Logo DBKL
background grey

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

14/09/2025

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ISO