Default Banner

TAMAN TASIK SRI RAMPAI

Utama / Fasiliti Awam / Taman Awam / TAMAN TASIK SRI RAMPAI

Taman Tasik Sri Rampai yang berkeluasan 3.4 hektar terletak di Taman Sri Rampai, Setapak, iaitu kira-kira 7.5 km dari pusat bandar Kuala Lumpur.


Lokasi taman ini yang berhampiran dengan Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, D'Tasik Sri Rampai Food Court, Klinik Kesihatan Setapak, AEON Alpha Angle Wangsa Maju, Wangsa Walk Mall, GIANT Setapak, Setapak Central Mall, LRT Sri Rampai dan LRT Wangsa Maju, menjadikannya sebagai tempat tumpuan penduduk tempatan.


Taman ini telah siap dinaiktaraf pada tahun 2020 bagi menyediakan kemudahan rekreasi kepada penduduk tempatan. Pertambahan penduduk di sekitar kawasan taman tasik dan pembangunan yang padat memerlukan kawasan rekreasi yang aktif dan keperluan mengimbangi pembangunan sedia ada dengan kawasan hijau.


Komponen taman ini terdiri daripada jambatan (boardwalk), plaza, peralatan kecergasan, pergola, bangku, pagar perimeter, tong sampah, bollard, papan tanda dan lampu taman.


Selain daripada aktiviti riadah dan rekreasi, Taman Tasik Sri Rampai juga menjadi pilihan lokasi bagi jurugambar untuk ‘outdoor shooting’ kerana pemandangannya sangat tenang dan cantik.


Waktu taman dibuka bermula dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. Para pengunjung diharap dapat mematuhi Undang-Undang Kecil Taman 2012 untuk memastikan keselesaan semua.


Bagi mereka yang berminat untuk menganjurkan aktiviti secara ’outdoor’ seperti aktiviti hari keluarga, penggambaran dan lain-lain, bolehlah membuat tempahan melalui Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi di talian 03-26176393.


Logo DBKL
background grey

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

14/09/2025

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ISO