Default Banner

Jalan Tuanku Abdul Rahman Bercahaya Sempena Ramadan & Musim Perayaan

Utama / Kenyataan Media / Jalan Tuanku Abdul Rahman Bercahaya Sempena Ramadan & Musim Perayaan

February 15th, 2026 by Admin JPRK

Sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia dan musim perayaan yang bakal tiba, Jalan Tuanku Abdul Rahman yang ikonik sebagai tumpuan membeli-belah barangan perayaan kini dihiasi dengan lampu-lampu hiasan yang memukau dan penuh seri.

Limpahan cahaya berwarna-warni ini bukan sahaja menyerikan suasana kota pada waktu malam, malah menyemarakkan lagi semangat Ramadan dalam kalangan warga kota dan pengunjung yang hadir mencari kelengkapan Aidilfitri.

Ayuh bersama-sama kita hayati keindahan Kuala Lumpur yang bercahaya dan terus memelihara keharmonian serta kebersihan bandar raya yang kita cintai.

1. 632939612 1465694135119271 1289623364779250830 n

1. 635268941 1465694055119279 1217489173819704225 n

1. 635506572 1465694258452592 528029299948913347 n

1. 636877889 1465693995119285 6891966734904640691 n