Laporan Akhir Kebolehlaksanaan Pindaan Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 adalah dokumen komprehensif bagi Kajian Kebolehlaksanaan Pindaan Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (Akta 190), yang telah dilaksanakan secara berperingkat bagi menilai kesesuaian kerangka perundangan sedia ada dalam menyokong tadbir urus Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia. Dokumen ini merupakan hasil penyatuan dan pemuktamadan dapatan kajian yang dibangunkan daripada peringkat awal kajian hingga ke fasa penilaian akhir, termasuk hasil perbincangan, maklum balas serta keputusan mesyuarat bersama pihak berkepentingan yang telah diperhalusi secara menyeluruh sepanjang tempoh pelaksanaan kajian.
Klik fail dibawah untuk muat turun laporan lengkap.