Default Banner

MAKLUMAN GANGGUAN OPERASI CAPAIAN BAGI SEMUA LAMAN WEB DAN SISTEM APLIKASI DBKL

Utama / Pengumuman / MAKLUMAN GANGGUAN OPERASI CAPAIAN BAGI SEMUA LAMAN WEB DAN SISTEM APLIKASI DBKL
November 12th, 2026 by wafiuddin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Y. Bhg. Tan Sri/ Datuk/Dato'/Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa semua pengguna Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengalami gangguan capaian kepada semua Laman Web dan Sistem Aplikasi DBKL (melalui rangkaian luar serta rangkaian dalaman DBKL.Net). Gangguan ini disebabkan oleh kerja-kerja penyelenggaraan peralatan rangkaian yang akan dilaksanakan mengikut ketetapan berikut:

  • Tarikh Bermula : JUMAAT, 13 November 2026 jam 8.00 PM

  • Tarikh Berakhir : SABTU, 14 November 2026 jam 2.00 AM  

Sehubungan itu, sepanjang tempoh kerja-kerja penyelenggaraan tersebut, semua pengguna dari capaian luar serta rangkaian dalaman DBKL.Net akan mengalami gangguan capaian bagi semua Laman Web dan sistem aplikasi DBKL mengikut jadual tersebut.

Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Kerjasama & perhatian daripada pihak YBhg. Dato' Seri/Datuk/Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
System Administrator