Default Banner

Adu@KL

logo e2e

Adu@KL merupakan sistem pengurusan aduan dalam talian yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memudahkan orang awam menyalurkan aduan, pertanyaan, cadangan, penghargaan serta aduan integriti berkaitan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh DBKL secara lebih cepat, mudah dan sistematik. Sistem ini membolehkan pengguna mengemukakan aduan, menyertakan lokasi dan gambar berkaitan, membuat semakan status, menerima maklum balas serta memantau tindakan yang diambil oleh jabatan yang berkaitan melalui satu platform berpusat. Selain itu, sistem ini turut membantu DBKL dalam memastikan setiap aduan dapat diurus dan diselesaikan dengan lebih cekap, telus dan berkesan.

Perkhidmatan yang disediakan:

* Pengemukaan aduan berkaitan perkhidmatan dan kemudahan DBKL

* Pengemukaan aduan integriti

* Penghantaran pertanyaan, cadangan dan penghargaan

* Perekodan lokasi aduan dan lampiran gambar/dokumen

* Semakan status aduan dan tindakan yang diambil

* Penerimaan maklum balas daripada jabatan yang berkaitan

* Notifikasi berkaitan perkembangan dan penyelesaian aduan

* Pengurusan penugasan dan penyelesaian aduan oleh jabatan yang berkaitan

* Penyediaan laporan dan statistik pengurusan aduan

* Pemantauan dan pengurusan aduan secara berpusat

17403
(1128)

Nilai pengalaman anda dengan kami

Tidak Berpuas Hati

Berpuas Hati