Pelaksanaan e-Lesen DBKL bertujuan untuk meningkatkan kecekapan, ketelusan dan kemudahan penyampaian perkhidmatan perlesenan melalui pendigitalan proses secara menyeluruh iaitu proses permohonan baharu, pembaharuan, rayuan, kemaskini & pindaan, pembatalan, pembayaran serta status permohonan secara atas talian. Inisiatif ini selaras dengan aspirasi transformasi digital DBKL dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, pantas dan mesra pengguna kepada warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Perkhidmatan bagi lesen perniagaan dan penjaja yang ditawarkan: -
1. Permohonan Baharu Lesen
Permohonan lesen perniagaan baharu secara dalam talian bagi pelbagai aktiviti perniagaan yang dikawal selia oleh DBKL.
2. Permohonan Pembaharuan Lesen
Pembaharuan lesen perniagaan dan lesen penjaja secara atas talian tanpa perlu hadir ke pejabat DBKL. DBKL turut menaik taraf sistem supaya proses pembaharuan dapat diselesaikan dalam beberapa minit sahaja.
3. Permohonan Rayuan Lesen
Pengguna boleh mengemukakan proses rayuan berkaitan permohonan lesen ditolak atau memerlukan pertimbangan semula.
4. Permohonan Kemaskini dan Pindaan Maklumat Lesen
Pemegang lesen boleh mengemas kini atau meminda maklumat lesen seperti alamat premis, maklumat syarikat dan aktiviti perniagaan.
5. Permohonan Pembatalan Lesen
Permohonan pembatalan lesen boleh dilakukan melalui sistem apabila perniagaan ditutup atau tidak lagi beroperasi.
6. Semakan Status Permohonan
Pemohon boleh menyemak status permohonan, kelulusan dan pembaharuan lesen secara masa nyata.
7. Pembayaran Dalam Talian
Penyedia kemudahan pembayaran fi lesen secara atas talian yang lebih cepat dan mudah.
(saluran pembayaran : internet banking, duitnow, corporate banking , credit card , debit card dan fpx)
8. Pengurusan Akaun Pengguna
Pendaftaran pengguna baru, log masuk penguna, penetapan semula kata laluan melalui sistem secara atas talian.