e-Perumahan DBKL ialah Platform digital berpusat yang menguruskan keseluruhan kitaran permohonan, semakan, penilaian dan pengurusan perumahan awam (PA/PPR) DBKL secara atas talian bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada warga kota.
Perkhidmatan yang ditawarkan dalam platform e-Perumahan :-
1. Permohonan Rumah Sewa PA/PPR
* Memohon unit rumah sewa PA atau PPR secara atas talian.
* Mengisi maklumat pemohon dan memuat naik dokumen sokongan.
2. Pengemaskinian Maklumat Pemohon
* Mengemas kini maklumat peribadi, pendapatan, tanggungan dan dokumen sokongan.
* DBKL kini mewajibkan pemohon aktif mengemas kini maklumat untuk memastikan permohonan terus diproses.
3. Pengurusan Akaun Pengguna
* Pendaftaran akaun baharu.
* Log masuk pengguna.
* Penetapan semula kata laluan.
4. Perkhidmatan Berkaitan Penyewa/Pembeli
* Beberapa fungsi pengurusan penyewaan seperti semakan maklumat penyewa dan urusan berkaitan perumahan DBKL turut disediakan melalui portal.
5. Penyelenggaraan PA/PPR
* Membantu pengguna Modul Penyelenggaraan , submodule Unit Kosong untuk menjalankan proses penyelenggaraan.
6. Aduan ePerumahan
* Aduan orang awam dan aduan dalaman boleh dibuat pada halaman log masuk sistem ePerumahan.