Sistem i-Waste@KL adalah platform digital bagi pengurusan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam di bawah kawasan seliaan DBKL. Sistem ini membantu memastikan setiap inventori bagi kawasan yang telah diserahkan bagi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam kepada pihak SWCorp didokumentasi secara digital, dan membantu proses semakan terhadap tuntutan bayaran yang dilakukan oleh pihak SWCorp. Sistem ini juga memudahkan pemantauan dan seliaan kebersihan kawasan yang diberikan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam oleh konsesi yang dilantik (Alam Flora Sdn Bhd).
Antara Perkhidmatan yang ditawarkan :-
1. Pengurusan Inventori Kawasan Yang Diberikan Perkhidmatan Kutipan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
Menyimpan dan mengemaskini rekod inventori yang lengkap bagi kawasan yang telah diserahkan bagi perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam.
2. Permohonan Perkhidmatan Kutipan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dan Semakan Status Permohonan
Membolehkan pengguna membuat permohonan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan perkhidmatan pembersihan awam. Pengguna juga boleh menyemak status permohonan yang telah dihantar.
3. Modul Kewangan
Modul Kewangan ini merangkumi Analisa Kewangan, semakan tuntutan dan bayaran oleh SWCorp, dan juga penyelarasan bayaran.
4. Pemantauan Kebersihan di lapangan dan pelaporan
Memudahkan pemantauan dan seliaan kebersihan di kawasan yang telah diserahkan untuk perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam menggunakan data dan rekod inventori yang telah dikemaskini di dalam sistem.
5. Aduan Berkaitan Kebersihan
Pengguna boleh membuat aduan berkaitan isu kebersihan melalui pautan ke sistem Adu@KL atau SISPAA yang disertakan pada laman IWaste@KL.