Sistem OSC 3.0 Plus Online digunakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengurus keseluruhan proses permohonan, semakan, kelulusan dan pemantauan cadangan pembangunan di Kuala Lumpur. Sistem ini menjadi platform utama yang menghubungkan pemohon (PSP/pemaju), jabatan teknikal DBKL dan agensi luar supaya semua urusan permit pembinaan dapat dilaksanakan secara dalam talian.
Antara perkhidmatan utama yang disediakan ialah:
1. Permohonan Kebenaran Perancangan (KM) seperti:
* Bina baharu
* Roboh dan bina semula
* Tambahan dan pindaan bangunan
* Pertukaran kegunaan bangunan
* Pecah sempadan, penyatuan tanah dan pelan susun atur.
2. Permohonan Pelan Bangunan.
3. Permohonan Pelan Kejuruteraan.
4. Permohonan Pelan Landskap.
5. Permohonan Pelan Lampu Jalan dan Lampu Awam.
6. Permohonan struktur paparan iklan luar.
7. Permohonan penamaan bangunan atau skim pembangunan.
8. Permohonan lanjutan tempoh sah Perintah Pembangunan (DO).
9. Permohonan pertimbangan semula (appeal/reconsideration)