i. Surat tawaran dari DBKL, Surat Pelantikan, Surat Pengesahan Pelantikan dan Surat Arahan Mula Kerja
ii. Jaminan Bank/Resit Bayaran Deposit
ii. Perlembagaan Syarikat (Memorandum of Articles of Association), Borang 24 (Return of Allotment of Shares), Borang 49 (Return Giving Particulars In Register of Directors, Managers & Secretaries and Change of Particulars) dan Resolusi Pengarah (Director’s Resolution)
iv. Surat Pengesahan Jabatan Pelaksana yang ditandatangani oleh Pengarah Jabatan tersebut
i. Surat Tawaran dari DBKL, Surat Pelantikan, Surat Pengesahan Pelantikan dan Surat Arahan Mula Kerja
ii. Jaminan Bank/Resit Bayaran Deposit
iii. Borang D (Borang Pendaftaran Perniagaan)
iv. Surat Pengesahan Jabatan Pelaksana yang ditandatangani oleh Pengarah Jabatan tersebut
i. Surat Tawaran dari DBKL, SUrat Pelantikan, Surat Pengesahan Pelantikan dan Surat Arahan Mula Kerja
ii. Jaminan Bank/Resit Bayaran Deposit
iii. Salinan Kad Pengenalan/dokumen pengenalan diri
iv. Surat Pengesahan Jabatan Pelaksana yang ditandatangani oleh Pengarah Jabatan tersebut
Ya, melalui tingkah laku atau syarat-syarat tersirat (by way of conduct or impliedly) wujudnya elemen-elemen kontrak, iaitu tawaran (offer), penerimaan (acceptance) dan balasan (consideration). Sebagai contoh, Surat Pelantikan dang Surat Pengesahan Pelantikan yang dikemukakan oleh pihak DBKL yang mengandungi syarat-syarat untuk mengikat kedua-dua belah pihak dan satu perjanjian akan ditandatangani kelak menampakkan satu kontrak yang mengikat kedua belah pihak telah wujud.
i. Surat Wakil Kuasa
ii. Surat Kuasa Mentadbir
iii. Borang F di bawah Akta (Pembahagian) Harta Pesaka Kecil 1955
i. Bagi kontrak bekalan dang perkhidmatan – satu (1) tahun selepas tarikh tamat tempoh kontrak
ii. Bagi Kontrak Juruperunding – enam (6) bulan selepas tarikh tamat tempoh kontrak
iii. Bagi Kontrak Kerja – satu (1) tahun selepas tamat tempoh liability kecacatan (defect liability period)
Sekiranya tiada perubahan dari segi struktur dan pemegang saham Syarikat dan dibuktikan dengan Borang 13 Akta Syarikat 1965 (Borang Perakuan Pemerbadanan Atas Pertukaran Nama Syarikat), maka bayaran boleh dibuat kepada Syarikat B.
i. Dokumen Perjanjian hendaklah ditandatangani oleh pihak Kontraktor / Pemaju / Perunding
ii. Perjanjian hendaklah ditandatangani dengan menggunakan pen berwarna hitam berdakwat basah
iii. Bagi Syarikat Sendirian Berhad:
iv. Bagi Syarikat Sendirian Berhad:
a. Cop mohor syarikat hendaklah dimeteri
b. Perjanjian hendaklah ditandatangani oleh dua orang Pengarah Syarikat atau seorang Pengarah Syarikat beserta seorang Setiausaha Syarikat sebagaimana yang terkandung dalam Resolusi Pengarah
c. Tandatangan hendaklah disertakan dengan nama, no. kad pengenalan dan jawatan penandatangan
iv. Bagi Syarikat Enterprise atau Individu:
a. Perjanjian hendaklah ditandatangani oleh pemilik tunggal/individu/rakan kongsi
b. Tandatangan hendaklah disertakan dengan cop syarikat, cop nama dan no. kad pengenalan
Notis kompaun adalah notis yang dikeluarkan pada masa sesuatu kesalahan dilakukan, manakala saman pula dikeluarkan apabila sesuatu notis bagi suatu kesalahan tidak dibayarkan dalam tempoh yang ditetapkan.
Tidak boleh. Bayaran saman hanya boleh dijelaskan di Mahkamah sahaja pada hari yang telah ditetapkan.
Terpulang pada budibicara Majistret berdasarkan alasan dan rayuan yang dikemukakan di Mahkamah.
Boleh. Semakan kesalahan boleh dibuat melalui laman web DBKL, aplikasi MOBIS, hadir sendiri di JUP atau di mana-mana jabatan yang mengeluarkan notis
Apabila surat peringatan masih diterima bagi kesalahan-kesalahan yang telah dijelaskan bayarannya, notis peringatan berkenaan boleh dibatalkan dengan syarat orang kena kompaun mengemukakan salinan resit pembayaran.
Individu berkenaan perlu mengemukakan nombor notis kesalahan melalui web DBKL atau aplikasi Mobis.
Jika notis kesalahan diterima tetapi kereta telah pun dijual pada tarikh kesalahan yang dinyatakan dalam nitis, penerima notis kesalahan dikehendaki mengemukakan dokumen berkaitan penjualan kereta atau pengesahabn Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan dengan pemunya pada tarikh kesalahan dan notis boleh dibatalkan.
Mahkamah Majistret DBKL terletak di Tingkat 1, Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Orang kena Saman perlu hadir di Mahkamah pada pukul 8.30 pagi kerana Mahkamah mula bersidang pada pukul 9.00 pagi.
Orang Kena Saman hendaklah berpakaian kemas ketika ke Mahkamah. Skirt dan seluar pendek, baju tanpa lengan dan t-shirt tidak dibenarkan sama sekali.
Tidak boleh. Bayaran hanya boleh dibuat menggunakan bank deraf, wang pos, ‘banker’s cheque’ ataupun wang tunai sahaja.
Dokumen yang perlu dibawa:
i. Kad pengenalan
ii. Surat saman yang telah diterima
iii. Jika sebuah syarikat/firma yang menerima saman tersebut, sila kemukakan surat memberi kuasa untuk mewakilkan daripada Pengarah/pemilik syarikat atau firma kepada pihak mahkamahiv.
iv. Jika individu yang terima, beliau perlu hadir sendiri. Sekiranya tidak dapat hadir, wakilnya perlu membawa surat wakil daripada Orang Kena Saman dan terpulang kepada Majistret samada surat berkenaan boleh diterima atau tidak
Sekiranya OKS tidak hadir, waran tangkap akan dikeluarkan dan disampaikan kepada OKS.
Buat masa sekarang, Akta/undang-undang kecil DBKL tidak dijual di mana-mana kedai buku. Walau bagaimana pun, jabatan ini sedang dalam proses menyediakan Sistem Pangkalan Data Undang-Undang yang mengandungi semua perundangan DBKL. Dengan terlaksananya sistem ini, semua pihak boleh “access” melalui Laman Web DBKL
Kad kuasa boleh dimohon melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan mengisi boring yang ditetapkan beserta dua keping gambar berwarna berukuran passport yang terkini. Prosedur ini bertujuan untuk memastikan hanya kakitangan yang layak sahaja yang boleh memohon kad kuasa.
Hanya kakitangan yang diperwakilkan kuasa sahaja yang layak memohon kad kuasa. Walau bagaimana pun, bagi kakitangan lain yang terlibat dengan kerja-kerja luar tetapi tidak diperwakilkan kuasa, pihak jabatan akan mengeluarkan kad pengesahan diri.
Sekiranya kad kuasa hilang, kakitangan hendaklah membuat laporan polis dan memaklumkan jabatan ini dan megemukakan salinan laporan tersebut semasa memohon kad kuasa baru. Bagi kakitangan yang bersara, kad kuasa hendaklah diserahkan kepada jabatan ini semasa persaraannya.
Pihak Datuk Bandar Kuala Lumpur (DBKL) tidak boleh menghalang mana-mana pihak yang terlibat untuk mengemukakan tuntutan gantirugi atau mengambil tindakan undang-undang terhadap DBKL. Walau bagaimanapun sama ada tuntutan mereka akan berjaya atau tidak tertakluk kepada keputusan siasatan yang dilakukan oleh “adjuster” pihak insuran atau keputusan mahkamah jika kes ini dibawa ke mahkamah.
Bagi kemalangan yang melibatkan kenderaan atau orang ditimpa pokok (tidak termasuk pokok-pokok di dalam kawasan tanah persendirian) semasa hujan lebat tidak semestinya mendapat pampas an gantirugi kerana berpandukan kes-kes yang diputuskan terdahulu, kejadian seperti ini telah diputuskan oleh pihak mahkamah sebagai “Act Of God”.
Dengan lain perkataan DBKL tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan yang disebabkan oleh bencana alam (Act of God ) seperti rebut, hujan dan sebagainya. DBKL hanya akan bertanggungjawab sekiranya terbukti kemalangan itu disebabkan kecuaian DBKL seperti kejadian berlaku bukan semasa hujan lebat atau tiada rebut taufan dan jika DBKL tidak menyelenggara pokok-pokok dengan baik. Pihak insuran melalui “adjuster” akan melakukan siasatan berhubung perkara-perkara ini dan keputusan sekali lagi tertakluk kepada siasatan pihak insuran.
Mana-mana pihak boleh mengemukakan tuntutan gantirugi akibat banjir kepada DBKL. Walau bagaimanapun sama ada DBKL bertanggungjawab atau pun tidak ke atas kemalangan yang disebabkan bencana alam ini seperti banjir, ribut, hujan lebat dan sebagainya tertakluk kepada keputusan siasatan oleh pihak “adjuster” insuran dan juga keputusan oleh pihak mahkamahjika kes ini dibawa ke mahkamah. DBKL hanya akan bertanggungjawab sekiranya terbukti kemalangan ini disebabkan oleh kecuaian DBKL.
Semua pekerja DBKL boleh mengemukakan tuntutan gantirugi terhadap DBKL jika mengalami kemalangan semasa menjalankan tugas-tugas rasmi. Walau bagaimanapun sama ada tuntutan tersebut akan berjaya atau tidak, siasatan akan dijalankan oleh pihak DBKL sendiri dan jika sesuatu kes itu dibawa ke mahkamah, pihak mahkamah yang akan membuat keputusan. Jika terbukti ada kecuaian di pihak DBKL seperti pekerja tidak dibekalkan dengan peralatan keselamatan yang lengkap dan sempurna, ada kemungkinana DBKL bertanggungjawab terhadap kemalangan tersebut.
DBKL tidak bertanggungjawab untuk mengusir setinggan yang menduduki tanah persendirian tetapi berkuasa untuk berbuat demikian untuk tahan Kerajaan Persekutuan (Kuala Lumpur). Walau bagaimanapun jika pemilik tanah tersebut berjaya mendapatkan perintah dari pihak mahkamah yang meminta bantuan dari DBKL untuk mengusir setinggan di tanah persendirian, dbkl akan member bantuan dengan syarat pemilik dikehendaki membayar sejumlah deposit yang akan ditetapkan oleh Direktorat Penguatkuasaan bergantung kepada jumlah keluasan tanah dan jumlah rumah setinggan yang akan dirobohkan.
Ya. DBKL berhak menyita harta alih milik penghuni di premis terbabit berdasarkan Seksyen 148(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Ya. Menurut seksyen 148(3) Akta Kerajaan Tempatan 1976, pegawai DBKL yang diberi kuasa berhak untuk memecah buka rumah atau bangunan berkenaan di siang hari bagi mencapai maksud menyita harta alih yang dijumpai di dalam premis berkenaan.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
03 2698 0460
Kemaskini terakhir:
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
03 2698 0460