Visi

Menjadi penanda aras yang dapat memberikan perkhidmatan dan tadbir urus yang terbaik dan berkualiti.

Misi

Memenuhi ekspektasi pelanggan melalui perkhidmatan yang berteraskan integriti dan profesionalisme.

Profil Jabatan Pentadbiran

Latar Belakang Jabatan

Ditubuhkan pada tahun 1970 dan dikenali sebagai Urusetia Bandaraya. Pada 1 Januari 1996, Bahagian Pentadbiran dan Urusetia Bandaraya bersama Jabatan Personel telah digabungkan dan diwujudkan Jabatan Pengurusan Organisasi (JPO).

Pada 15 Ogos 2003, Jabatan Pentadbiran berfungsi dengan sendirinya yang menggabungkan empat bahagian utama iaitu Bahagian Pentadbiran, Bahagian Perpustakaan, Bahagian Pengurusan Perolehan serta Unit Urus Bangunan dan Unit Jawatankuasa Tindakan. Pada Januari 2006, Unit Hal Ehwal Awam dan Antarabangsa telah diletakkan di bawah Jabatan Pentadbiran


Selepas penstrukturan semula DBKL pada Julai 2011, Unit Komunikasi Korporat (dahulunya dikenali sebagai Unit Hal Ehwal Awam dan Antarabangsa), Unit Reprografi dan Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL) telah dipisahkan daripada Jabatan Pentadbiran. Pada Februari 2014, PKL diletakkan semula di bawah Jabatan Pentadbiran sehingga 1 Ogos 2015. Mulai tarikh tersebut, sekali lagi PKL dipisahkan daripada Jabatan Pentadbiran. Bahagian Pengurusan Rekod juga telah dipindahkan ke PKL, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar berkuatkuasa pada 3 Disember 2018. Hanya Unit Reprografi sahaja tetap kekal di bawah Jabatan Pentadbiran sehingga sekarang.

Kini, Jabatan Pentadbiran mempunyai tiga bahagian utama iaitu Bahagian Pentadbiran & Keurusetiaan, Bahagian Pengurusan Aset & Bangunan dan Bahagian Pengurusan Perolehan.

03-2617 9000
03-2694 9151
jptd[at]dbkl[dot]gov[dot]my
Tingkat 4, Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Your browser doesn't support the HTML5 CANVAS tag.

1809129
Jumlah Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Kemaskini terakhir: 

27-04-2024
Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|Jabatan Pentadbiran

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|Jabatan Pentadbiran
Skip to content