Visi

Menyediakan perkhidmatan kejuruteraan dan logistik kenderaan bagi kegunaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia.

Misi

Berusaha untuk memberikan dan menghasilkan perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan keperluan jabatan pengguna.

Profil Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Dan Elektrikal

Latar Belakang Jabatan

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal (JKME) memberikan perkhidmatan sokongan kepada jabatan-jabatan dalam organisasi DBKL. Seiring dengan perkembangan fungsi DBKL, JKM turut berurusan secara langsung dengan agensi-agensi kerajaan dan juga pihak awam dalam bidang yang berkaitan dengan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal termasuk operasi penguatkuasaan, bantuan kecemasan serta sukan.


Sejarah Jabatan

1977 – Dikenali sebagai Jabatan Bengkel dan Stor

1983 – Ditukar nama kepada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

2011 – Dikenali sebagai Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal dalam penstrukturan semula DBKL

2014 – Dikenali sebagai Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

Fungsi dan tanggungjawab jabatan secara ringkasnya termasuklah:

1. Melaksanakan perolehan, menyediakan perkhidmatan pengangkutan, menjalankan kerja-kerja penyenggaraan bagi kenderaan, mesin jentera, mesin kecil dan pelbagai peralatan.
2. Mengurus sebuah Stor Pusat bagi urusan pembekalan alatganti dan pelbagai kelengkapan bahan kerja.
3. Perkhidmatan perunding kejuruteraan mekanikal dan elektrikal dalam melaksanakan projek pembangunan seperti perumahan awam, bangunan pejabat, masjid, taman rekreasi dan jalan. Perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal termasuk sistem lif bangunan, sistem pencegah kebakaran, sistem pam air domestik, pembekalan kuasa elektrik dan pencahayan bangungan, sistem pancutan air rekreasi, sistem rawatan air kolam renang, sistem penyaman udara bangunan, sistem pembakar mayat, sistem pam kawalan banjir. Berkaitan juga ialah fungsi untuk menyenggara kemudahan awam berbentuk mekanikal seperti tersebut di atas.
4. Perkhidmatan perunding bagi pengurusan sisa pepejal. Jabatan memantau prestasi kontraktor pemindahan sisa pepejal di Stesen Pemindahan Taman Beringin.
5. Perkhidmatan perunding kejuruteraan elektrikal dalam melaksanakan projek pembangunan seperti perumahan awam, bangunan pejabat, masjid. Menjalankan kerja-kerja menyenggara keseluruhan sistem dan pepasangan peralatan lampu jalan awam dan terowong termasuk aksesori yang berkaitan.
03-2617 6200
03-2604 0720
jkme[at]dbkl[dot]gov[dot]my
Tingkat 11, Menara DBKL 3,
Jalan Raja Abdullah,
50300 Kuala Lumpur

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Your browser doesn't support the HTML5 CANVAS tag.

1804606
Jumlah Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Kemaskini terakhir: 

27-04-2024
Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Dan Elektrikal

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Dan Elektrikal
Skip to content