Jumaat, 24 Mac 2017 [ 6:03:07 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Profil Bahagian

PENGENALAN

Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) Kuala Lumpur telah diwujudkan bermula Jun 2007 dan diletakkan sebagai sebahagian daripada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH), DBKL. Bahagian ini berperanan bagi pengawalseliaan pengurusan dan penyenggaraan bangunan berstrata di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

YBhg. Datuk Bandar Kuala Lumpur adalah juga Pesuruhjaya Bangunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, manakala jawatan Timbalan Pesuruhjaya Bangunan telah diperuntukkan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) yang mula berkuatkuasa pada 1 Jun 2015.

 

Bahagian COB diketuai oleh Timbalan Pengarah Penilaian W52 dan dibantu oleh Pegawai Penilaian Kanan W44 serta 5 orang Pegawai Kumpulan A. Jumlah kakitangan bahagian ini sehingga tahun 2015 ialah seramai 33 orang.

 

VISI

Memastikan kehidupan yang berkualiti, harmoni, dan selesa bagi pemajuan berstrata

 

MISI

Semua kawasan pemajuan berstrata mempunyai Badan Pengurusan yang dapat menjalankan pengurusan dan penyenggaraan bangunan dan harta bersama dengan baik

 

TUGAS DAN PERANAN PESURUHJAYA BANGUNAN

Antara tugas dan peranan Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur adalah seperti berikut:

  1. Mewujudkan dan mengemaskini inventori semua kawasan pemajuan berstrata (Pangkalan Data)

  2. Memantau penubuhan JMB / MC di semua kawasan pemajuan berstrata

  3. Memberi khidmat nasihat kepada pemaju / JMB / MC berkaitan penyenggaraan dan pengurusan harta bersama

  4. Mengawalselia kesempurnaan penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama

  5. Memastikan mesyuarat AGM dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan

  6. Menyelaras, mengendali dan mengambil tindakan penyelesaian pertikaian diantara pengadu dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk menjadi mediator

  7. Memantau akaun pengurusan bangunan berstrata

  8. Mengambil tindakan penguatkuasaan

  9. Membuat pelantikan dan mengawal selia ejen pengurusan yang dilantik oleh COB

 

 

SUB-BAHAGIAN KAWASAN PEGAWAI BERTUGAS
Bahagian Aduan, Pemantauan dan Khidmat Nasihat

Zon 1 :
Lembah Pantai, Damansara, TTDI, Bangsar, Bukit Bandaraya, Bukit Damansara, Bukit Tunku

 

Zon 5 :
Jalan Pinang, Jalan Ampang, Jalan Stonor,  Pusat Bandar, Mihara, Maluri, Pandan

Pegawai :
Marini bt Suhaimi

 

Penolong Pegawai :
Mohd Helmi b. Mohd Khalid

Bahagian Aduan, Pemantauan dan Khidmat Nasihat

Zon 2 :
Selayang, Kepong, Segambut, Mont’ Kiara, Jinjang

 

Zon 4 :
Sentul, Jalan Ipoh, Kg. Baru, Titiwangsa, Chow Kit, Jalan Kuching, Pusat Bandar

Pegawai :
Che Adzhan b. Che Adnan

 

Penolong Pegawai :
Mohd Ferdaus b. Mat
Wan Norhazwani Idayu bt Wan Suhaimi 

Bahagian Aduan, Pemantauan dan Khidmat Nasihat

Zon 3 :
Setapak, Setiawangsa, Wangsa Maju, Taman Melati, Jalan Genting Kelang

 

Zon 7 :
Cheras, Bandar Tun Razak, Shamelin, Bandar Sri Permaisuri, Taman Connaught 

Pegawai :
Mohd. Saiful Yazid b. Basri

 

Penolong Pegawai :
Mohammad Nazri b. Busrah
Izyan Mariah bt Zainal 

Bahagian Aduan, Pemantauan dan Khidmat Nasihat

Zon 6 :
Brickfields, Jalan Loke Yew, Mid Valley, Seputeh, Bukit Desa, Sungai Besi

 

Zon 8 :
Petaling, Sungai Besi, Bukit Jalil, Kuchai Lama, Jalan Klang Lama

Pegawai :
Fadila Rahima bt Mohamad Nazri

 

Penolong Pegawai :
Zakiah bt Sazali
Azrina bt Mat Jusoh 

Khidmat Nasihat Pemantauan ke atas Kewangan JMB/MC Zon 1 hingga Zon 8 

Pegawai :
Norazlina bt Zulkipli

 

Penolong Pegawai :
Edzrie Noor Faidzal b. Baharin 

Khidmat Nasihat Perundangan dan Penguatkuasan Zon 1 hingga Zon 8 

Pegawai :
Md Azmi b. Mohd Shari

 

Penolong Pegawai :
Sahida bt Tahir 

Khidmat Nasihat dan Pemantauan aspek Teknikal Bangunan Berstrata Zon 1 hingga Zon 8  Pegawai :
Mas Haikal Faiz b. Mas Jamalullail