Ahad, 30 April 2017 [ 8:58:09 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Profil Jabatan

 

Penstrukturan baru Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2015 telah menggabungkan Jabatan Perancangan Bandar dengan Jabatan Perancangan Fizikal. Jabatan baharu ini dinamakan Jabatan Perancangan Bandaraya (JPRB).

 

SKOP TUGASAN MENGIKUT BAHAGIAN

 

A. BAHAGIAN KAWALAN PERANCANGAN

 

  1. SEKTOR PENYELIDIKAN & PENGUATKUASAAN PERANCANGAN

      1. PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN

        1. UNIT PENYELIDIKAN

          • Menyediakan garis panduan perancangan untuk kawasan berskala kecil
          • Mengkaji corak pembangunan dan arah tuju pembangunan berdasarkan keputusan JkPS dan tekanan pasaran
          • Menyedia dan menyelaras penyediaan garispanduan yang dibuat secara dalaman ataupun ‘out-source’
          • Menyediakan garis panduan permit kelulusan pembangunan
          • Merangka dan mengemaskini Akta 267 dan Kaedah-kaedah berkaitanMenyelaras dan mengemaskini dasar-dasar perancangan terkini
          • Mengkaji dan mencadangkan pakej rangsangan untuk menggalakan pelaburan seperti “green building”, Kawasan Zon Transit, insentif-insentif pembangunan
          • Urusetia Jawatankuasa Sensitif Kawasan Alam Sekitar

        2. UNIT SISTEM MAKLUMAT PERANCANGAN

          • Menyelenggara Sistem Kawalan Pembangunan
          • Menyelenggara perkakasan dan perisian computer
          • Membina dan mengemaskini pangkalan data perancangan dan data spatial
          • Membina dan mengemaskini lapisan data kelulusan perancangan dan pandangan 3D
          • Mengemaskini halaman web dan intranet jabatan
          • Mengemaskini data dan maklumat keputusan permohonan perancangan dalam Sistem GIS
          • Melaksanakan dan menyelaras kerja-kerja penukaran data fail-fail permohonan dalam bentuk digital
          • Menyelenggara perkakasan dan perisian dan kemudahan ICT di peringkat jabatan

        3. UNIT PEMBANGUNAN (BANDAR SELAMAT)

          • Urusetia Program Bandar Selamat peringkat WPKL
          • Menyelaras pelaksanaan program bandar selamat oleh jabatan-jabatan pelaksana
          • Mengemaskini data-data berkaitan program Bandar Selamat
          • Urusetia Jawatankuasa Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar WPKL

        4. UNIT PERMOHONAN TANAH KERAJAAN DAN PERMIT PEMBANGUNAN

          • Memproses dan menilai kesesuaian penilaian perancangan terhadap permohonan tanah kerajaan
          • Menilai kesesuaian pemberian permit pembangunan seperti struktur pemancar telekomunikasi dan paparan iklan

      2. PENGUATKUASAAN PERANCANGAN

        1. UNIT SIASATAN KESALAHAN PERANCANGAN

          • Menjalankan siasatan terhadap aduan awam berkaitan kesalahan perancangan
          • Mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan perancangan, pelanggaran syarat kelulusan Perintah Pembangunan dan kegagalan menjelaskan pembayaran caj pembangunan
          • Membuat pemeriksaan tapak untuk memastikan syarat-syarat kelulusan perancangan dipatuhi pemaju dan tiada penyelewengan kelulusan
          • Menyediakan Notis Penguatkuasaan dan Kertas Siasatan
          • Membuat penilaian perancangan terhadap permohonan lesen (Jawatankuasa Perlesenan)

        2. UNIT PENYELARASAN PENGUATKUASAAN DAN PENGURUSAN SETINGGAN & LESEN

          • Memantau kesalahan perancangan di tapak dan memastikan tindakan susulan dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan
          • Melaksanakan tindakan penguatkuasaan segera di tapak
          • Menyelaras dan memantau pengeluaran Notis Penguatkuasaan dan tindakan susulan selepas pengeluaran Notis
          • Menyelaras tindakan fizikal dilaksanakan dengan teratur dalam tempoh yang ditetapkan
          • Mengenalpasti dan menyelaras tindakan penguatkuasaan ke atas kawasan setinggan di atas tanah kerajaan
          • Urusetia Jawatankuasa Pemindahan Setinggan
          • Merangka dan menyelaras Program Pemindahan setinggan
          • Memberi ulasan perancangan terhadap permohonan lesen premis dan perniagaan

        3. UNIT PENDAKWAAN KESALAHAN PERANCANGAN
          • Menyelaras dan menyemak penyediaan Kertas Siasatan mematuhi kehendak pendakwaan agar ianya teratur
          • Menyelaras tindakan susulan pematuhan arahan mahkamah
          • Mencari maklumat-maklumat berkaitan dengan pendakwaan dimahkamah di jabatan dalaman DBKL dan agensi-agensi kerajaan yang lain
          • Mengemaskini keperluan akta, Kaedah-kaedah agar ianya selaras dengan pembangunan semasa

      3. PEMANTAUAN PEMBANGUNAN

        • Memantau proses permohonan kelulusan perancangan, pelan bangunan dan pelan kejuruteraan dalam tempoh masa yang ditetapkan
        • Menyelaras pematuhan kehendak-kehendak JkPS oleh pemohon ataupun jabatan-jabatan berkaitan
        • Memastikan pelan-pelan pindaan, pembayaran caj pembangunan, sumbangan yang dikenakan dipatuhi dan dijelaskan
        • Memastikan kerja-kerja pembinaan selaras dengan pelan kelulusan
        • Memastikan pematuhan kepada Indek Bangunan Hijau
        • Menyelaras peruntukan kuota Bumiputera di dalam projek-projek pembangunan
        • Urusetia Jawatankuasa Pemantauan Unit Kuota Bumiputera
        • Menyelaras permohonan penetapan carta unit kuota dan pelepasan unit kuota
        • Menyelaras aktiviti promosi unit-unit kuota Bumiputera seperti pameran hartanah secara berkala dan bergerak

      4. PENTADBIRAN
        1. UNIT PENTADBIRAN
          • Menguruskan hal ehwal penadbiran dan kewangan
          • Menguruskan kewangan dan belanjawan
          • Menguruskan perolehan, inventori dan asset jabatan
        2. UNIT PENERIMAAN PERMOHONAN
          • Menerima, menyelaras dan memantau permohonan kelulusan perancangan
          • Mengagih dan memantau tempoh masa pemprosesan
          • Menguruskan pergerakan dan penyimpanan fail-fail permohonan

  2. SEKTOR KAWALAN PEMBANGUNAN

    1. PENILAIAN PERANCANGAN

      • Memproses dan menilai kesesuian perancangan terhadap permohonan kebenaran perancangan
      • Menjalankan siasatan tapak dan membuat penilaian tapak
      • Memastikan perakuan penilaian perancangan disediakan dalam tempoh masa ditetapkan dan memastikan ianya teratur dan mematuhi kehendak-kehendak perancangan
      • Memberi ulasan penilaian perancangan terhadap permohonan kelulusan Pelan Bangunan, Pelan Kerja Tanah dan Pelan Kejuruteraan
      • Memberi khidmat nasihat dan ulasan perancangan kepada agensi kerajaan dan orang awam
      • Bertanggungjawab terhadap keselamatan pelan dan dokumen
      • Mengesahkan permohonan pelan pra hitungan
      • Menyelaras tindakan susulan terhadap kehendak JkPS seperti mendapatkan dokumen/ maklumat tambahan
      • Menjalankan proses pelawaan bantahan dan menyelaras bantahan-bantahan yang diterima untuk Sesi Mendengar Bantahan
      • Menyediakan maklumat dan ulasan perancangan

    2. URUSETIA JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC)

      1. UNIT PEMANTAUAN PERMOHONAN

        • Menyelaras penerimaan dan pengagihan permohonan kelulusan perancangan, kelulusan pelan kejuruteraan dan kelulusan pelan bangunan
        • Pemantauan penyediaan kertas-kertas perakuan mengikut tempoh masa yang ditetapkan
        • Mengatur perjalanan mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat
        • Memberi khidmat nasihat pengemukaan permohonan kebenaran pembangunan sama ada secara konvensional ataupun secara dalam talian

      2. UNIT SEKRETARIAT PRA JKPS

        • Penyediaan Agenda untuk mesyuarat Jawatankuasa Teknikal (Projek Berskala Besar), Jawatankuasa Teknikal (Projek Berskala Kecil & Sederhana)
        • Jawatankuasa OSA, jawatankuasa Pusat Setempat (Full Board) dan Jawatankuasa Pusat Setempat Khas
        • Menyediakan minit mesyuarat jawatankuasa berkaitan

      3. UNIT PASCA JKPS

        • Mengeluarkan dokumen keputusan selepas mesyuarat JKTPS, JKPS 1 dan JK OSC Khas (Projek Berskala Besar), Jawatankuasa JKPS 2 (Projek Berskala Kecil dan Sederhana)
        • Menyelaras maklumbalas dari jabatan- jabatan teknikal berkaitan seperti pembayaran caj pembangunan, deposit, sumbangan ISF, lain-lain sumbangan dan NTK.

    3. PENILAIAN LANSKAP

      1. Menilai permohonan kelulusan pelan lanskap dan menyediakan perakuan untuk pertimbangan JkPS
      2. Memantau kerja-kerja lanskap selaras dengan pelan kelulusan
      3. Memastikan pelan induk rangkaian kawasan hijau dilaksanakan
      4. Menilai permohonan untuk penebangan pokok dan memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan mengikut kelulusan

         

B. BAHAGIAN PERANCANGAN FIZIKAL

  1. SEKTOR PELAN PEMBANGUNAN KUALA LUMPUR
    1. Menyemak dan mengemukakan Laporan Penilaian Pencapaian PSKL 2020
    2. Mengemukakan Draf Kaedah Kelas Kegunaan

  2. SEKTOR PELAKSANAAN PROJEK GREATER KL/KV
    1. Menyediakan Heritage Trails Master Plan (Pelan Induk Jejak Warisan)
    2. Menyiapkan Schematic Design bagi :
      1. Precint 2 – Titiwangsa
      2. Presint 11 – Brieckfield
      3. Projek River of Life
    3. Menyiapkan Detail Design bagi Projek River of Life Fasa 2

  3. MENJALANKAN KAJIAN BERKAITAN PERANCANGAN
    1. Menyediakan Pelan Tindakan Pembangunan Kawasan Industri (PTPKI) 2013-2017
    2. Menyediakan Pelan Tindakan bagi Pelaksanaan Garis Panduan
    3. Reka Bentuk Bandar WPKL (GPRBKL) untuk 2 kawasan :
      1. Jalan Haji Taib
      2. Kawasan Tiong Nam
    4. Menjalankan Kajian Pembangunan semula kawasan sekitar Jalan Bukit Bintang sebagai Premier Shopping Precint
    5. Menyediakan Kuala Lumpur Low Carbon Society Blueprint2030 (KLLCSBP 2030)


  4. PENYEDIAAN GARIS PANDUAN DAN PENYELIDIKAN BAGI REKABENTUK BANGUNAN, REKABENTUK BANDAR DAN WARISAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
    1. Menyiapkan 5 Garis Panduan (GP) Rekabentuk Bandar, Street Scape & City Scape
    2. Penyediaan 3 Pelan Tindakan berpandukan Urban Design Guideline, Zon-zon Kawasan Precint serta ruang dan Elemen Pembandaran
    3. Menyediakan Pelan Tindakan Rekabentuk Sejagat Kuala Lumpur bagi mempertingkatkan kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Warga Emas
    4. Menjalankan 3 Audit Akses kemudahan OKU
    5. Menjalankan Bengkel Advokasi & Latihan terhadap piawaian dan Standard terkini

  5. MELAKSANAKAN PROGRAM BANDAR RAYA BERMAKLUMAT
    1. Menyediakan Maklumat Kelulusan Perancangan bagi Projek Berskala Besar

  6. MELAKSANAKAN PROGRAM LOCAL AGENDA 21 KL
    1. Mengadakan 4 sesi untuk mempromosikan Program LA21 KL
    2. Mengemukakan pelaporan Pelaksanaan Kemajuan dan Dokumentasi setiap tahun
    3. Menyediakan 2 kali Laporan Penilaian Outcome LA21 KL