Isnin, 25 Jun 2018 [ 4:19:02 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Piagam Pelanggan

  1. Membaiki kerosakan jalan berlubang berskala kecil (berkeluasan < 100 meter persegi) di dalam Pusat Bandar dalam tempoh 24 jam dari tarikh aduan diterima atau penemuan kerosakan oleh tenaga jabatan (kecuali kerosakan jalan yang disebabkan oleh paip air / pembentungan yang bocor / rosak).

  2. Membaiki kerosakan jalan berskala besar (berkeluasan > 100 meter persegi) dalam tempoh 1 bulan dari tarikh kontraktor dilantik.

  3. Membaiki kerosakan longkang berskala kecil (panjang < 5 meter) dalam tempoh 3 hari bekerja, dari tarikh aduan diterima atau penemuan kerosakan oleh tenaga jabatan.
    (kecuali kerosakan longkang yang disebabkan oleh akar pokok / pembinaan struktur haram)

  4. Mengambil tindakan awalan (pembersihan runtuhan dan perlindungan) ke atas runtuhan cerun dalam rezab jalan dalam tempoh 48 jam dari masa maklumat diterima.

  5. Memproses permohonan kebenaran pengorekan jalan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

  6. Menjalankan kerja-kerja pembersihan sungai 3 kali seminggu.

  7. Menjalankan kerja-kerja pemeriksaan berkala untuk parit induk 2 kali setahun.

  8. Menghebahkan maklumat perubahan lalulintas, penutupan lorong, penutupan jalan, lencongan jalan melalui Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) – VMS dan laman media sosial (Facebook dan Twitter) sekurang-kurangnya 3 hari sebelum sesuatu acara dan aktiviti dijalankan.

  9. Mengoperasikan semula lampu isyarat yang terpadam dalam tempoh 4 jam selepas aduan diterima (kecuali lampu isyarat yang terputus bekalan elektrik akibat kerosakan kabel/gangguan bekalan).

  10. Memproses permohonan pelan pengurusan lalulintas bagi pelaksanaan kerja-kerja pembinaan di dalam rizab jalan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan yang lengkap diterima.

  11. Membaiki kerosakan kecil kemudahan awam (perhentian bas, teksi, jejantas, pejalan kaki berbumbung) dalam tempoh 7 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.