Sabtu, 1 November 2014 [ 1:52:40pm ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Tunda Kenderaan

A.  TUNTUTAN KE ATAS KENDERAAN YANG DITUNDA

Perkhidmatan: Menunda kenderaan yang menghalang kelancaran lalulintas melalui rondaan dan aduan awam 
Masa Urusan : 24 Jam
Alamat Tuntutan: Unit Pengurusan Sitaan dan Tunda (Kenderaan Ditunda)
Jabatan Penguatkuasaan,
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
Jalan Galloway Off Jalan Hang Tuah,
55100 Kuala Lumpur.
No Whatsapp : 013-6663255
 
Mengikut Pindaan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 2012, Akta Pengangkutan Jalan 1987, Fi bagi Pengapitan, Pengalihan dan Penahanan Kenderaan Motor adalah seperti berikut:-

BIL

JENIS KENDERAAN

PENGAPITAN
(CLAMPING)

PENGALIHAN
(REMOVAL)

PENAHANAN (DETANTION)
SEHARI/PER DAY

KOMPAUN

1.

Motosikal & Motosikal beroda tiga

RM 20.00

RM 30.00

RM 50.00

RM 100.00
(Mengikut Kesalahan)

2.

Motokar

RM 50.00

RM 100.00

RM 100.00

RM 100.00
RM 150.00
(Mengikut Kesalahan)

3.

Bas, lori yang berat tanpa muatan tidak lebih daripada 3000 kilogram

RM 100.00

RM 300.00

RM 200.00

RM 100.00
RM 150.00
(Mengikut Kesalahan)

4.

Tanker, Treler dan jenis kenderaan yang lain yang berat tanpa muatan lebih daripada 3000 kilogram

RM 150.00

RM 400.00

RM 300.00

RM 100.00
RM 150.00
(Mengikut Kesalahan)

Dokumen Yang Diperlukan Semasa Tuntutan :

  1. Kad pendaftaran asal kenderaan (Geran)
  2. Cover note (insurans) asal kenderaan
  3. Wakil - Sila bawa surat perwakilan dari pemilik dan salinan kad pengenalan pemilik.
 Sekiranya Tiada Perkara (a) - (c), sila bawa
  1. Salinan kad pendaftaran kenderaan atau cover note (insurans)
  2. Surat Akuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah
  3. Mengisi Borang Akuan Menuntut Kenderaan
 Sekiranya kenderaan bersabit dengan Kes Polis perlu dikemukakan:-
  1. Salinan Laporan Polis
  2. Salinan daripada Pegawai Penyiasat berkenaan
  3. Surat Perintah Mahkamah
  
B.  TUNTUTAN KE ATAS KENDERAAN BURUK / TERSADAI
Perkhidmatan: Menunda kenderaan buruk/tersadai melalui rondaan dan aduan orang awam. 
Masa Urusan: Isnin - Khamis: : 8.00 pagi – 10.00 malam
Jumaat : 8.00 pagi - 12.15 tengahari

Sabtu-Ahad

: 8.00 pagi – 10.00 malam
Cuti Umum
Alamat Tuntutan: Depoh Kenderaan Tersadai Salak Selatan,
Jabatan Penguatkuasaan, 
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
Lot 4428 Stor Jalan Besar Salak Selatan,
57100 Kuala Lumpur.
Telefon: 603-79821010
 
Mengikut Pindaan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 2012, Akta Pengangkutan Jalan 1987, Fi bagi Pengapitan, Pengalihan dan Penahanan Kenderaan Motor adalah seperti berikut:-

BIL

JENIS KENDERAAN

ANGKUT

PENAHANAN (DETANTION)
SEHARI/PER DAY

KADAR
KOMPAUN

1.

Motosikal / Roda 3

RM 50.00

RM 10.00

RM 100.00

2.

Kenderaan /Kereta

RM 100.00

RM 10.00

RM 100.00

3.

Bas / Lori/ Traler/ Kontena

RM 250.00