Isnin, 20 Februari 2017 [ 7:19:18 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Kenyataan Tender Bil. 02/2017

Tarikh Iklan Tender : 06 Februari 2017

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan/atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

 

BIL. TENDER BUTIR-BUTIR TENDER KELAYAKAN PETENDER TARIKH TENDER DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN TENDER DITUTUP HARGA DOKUMEN
2017/A009 Tawaran Bagi Cadangan Kerja-Kerja Penambahbaikan Dan Pengindahan Untuk Jejak Rimba Bandar (Heritage Trail 6) Dari Persimpangan Jalan Sultan Ismail Ke Jalan Ampang Dan Kawasan Sekitar Pintu Masuk Nombor 5 Taman Eko Rimba Kuala Lumpur Di Bawah “EPP7 : ICONIC PLACES”

Berdaftar Dengan CIDB
Gred G6
Kategori CE
Pengkhususan CE01 Dan
CE21 Dan
CE24

DAN

Gred G6/G7
Kategori ME
Pengkhususan E04 Dan
E06 Dan
E11

Tarikh Taklimat Tapak
8 Februari 2017 (Rabu)

 

9.00 Pagi – 10.30 Pagi
Tempat Letak Kereta, Jalan Ampang, Kuala Lumpur (Bersebelahan Galeri Wariseni)

 

Tarikh Tender Ditutup
28 Februari 2017 (Selasa)

RM450.00
2017/A010 Perkhidmatan Penyelenggaraan Landskap Di Taman Tasik Permaisuri, Cheras Kuala Lumpur

Bumiputera, Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang Baru
221002 Dan
222102 Dan
222104

Tarikh Taklimat Tapak
8 Februari 2017 (Rabu)

 

11.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari
Pintu Masuk Utama, Taman Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur

 

Tarikh Tender Ditutup
28 Februari 2017 (Selasa)

RM300.00

 

  1. Dokumen tender 2017/A009 dan 2017/A010 hanya boleh dibeli di atas talian (online) di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.

  2. Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi tender 2017/A009 dan 2017/A010 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan hendaklah membawa :-

    1. Sijil asal dan salinan Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh CIDB*
    2. Surat pengiktirafan Bumiputera dengan PKK (jika berkaitan)*

    3. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Dan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM)*

    4. Cop Syarikat (Rubber Stamp)

      * Mengikut kelayakan tender yang ingin disertai.

  3. Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.

  4. Bagi pembelian dokumen tender, petender/wakil hendaklah mendaftarterlebih dahulu secara online di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran.

  5. Pendaftaran kontraktor secara online perlu disahkan terlebih dahulu dikaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan(SPKK), Sijil Perakuan Pendaftaran(CIDB), Pengiktirafan Bumiputera dengan PKK/BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

  6. Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara online dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi/rendah adalah TIDAK DITERIMA.

  7. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  8. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.