Khamis, 17 Oktober 2019 [ 5:17:06 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Perkhidmatan Kami

 

Objektif

Jabatan Undang-Undang & Pendakwaan ditubuhkan dengan objektif berikut :

  1. Menjaga kepentingan Datuk Bandar Kuala Lumpur sebagai sebuah Perbadanan Tunggal dan Pihak Berkuasa Tempatan dari segi undang-undang dalam semua transaksi dan dokumentasi perundangan.
  2. Memberi perkhidmatan yang cekap kepada pelanggan-pelanggan dengan menjangkakan isu-isu perundangan dan membantu pentadbiran menyelesaikan isu-isu / masalah berdasarkan amalan pengurusan dan perundangan yang baik.

 

Fungsi

Jabatan Undang-Undang & Pendakwaan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan fungsi-fungsi perundangan untuk pengurusan pentadbiran Bandar Raya Kuala Lumpur yang lebih mantap dan berkesan seperti berikut:

  1. Memberi nasihat undang-undang kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur dan jabatan-jabatan di dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
  2. Penggubalan dan penyemakan semua perundangan yang dikuatkuasakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur.
  3. Menyediakan dokumen-dokumen kontrak dan instrumen-instrumen perundangan.
  4. Menjalankan pendakwaan berkaitan dengan kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur.
  5. Menyelaraskan dan meneliti kes-kes berkaitan tuntutan sivil.