Piagam Pelanggan
Kami sebagai kakitangan Jabatan Undang-Undang & Pendakwaan akan memberikan perkhidmatan yang cekap dan efektif dalam melaksanakan fungsi-fungsi jabatan. Sehubungan dengan itu, kami berjanji untuk:
- Nasihat perundangan:
- Memberi nasihat perundangan kepada jabatan-jabatan di DBKL dan orang awam dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh maklumat lengkap diterima.
- Memberi nasihat perundangan kepada jabatan-jabatan di DBKL dan orang awam dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh maklumat lengkap diterima.
- Penggubalan:
- Dokumen perundangan
- Menyemak dan mengkaji keperluan untuk meminda perundangan setiap tiga (3) tahun dari tarikh pewartaan terakhir.
- Menyediakan draf pertama perundangan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh arahan diterima, sekiranya maklumat yang diterima adalah lengkap.
- Dokumen kontrak
- Menyediakan draf pertama dokumen kontrak dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh terma-terma perjanjian dimuktamadkan.
- Memproses dan menandatangani suatu dokumen kontrak dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
- Dokumen perundangan
- Pendakwaan:
- Memproses dan memfailkan aduan ke mahkamah dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh aduan lengkap diterima.
- Memaklumkan keputusan kes kepada jabatan-jabatan yang berkenaan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh keputusan diterima dari Mahkamah.
- Sivil:
- Melantik panel peguam untuk mewakili Datuk Bandar dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh terima saman kes litigasi sivil terhadap Datuk Bandar.
- Memaklumkan keputusan kes-kes mahkamah kepada jabatan-jabatan yang berkenaan dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh keputusan kes diterima.