Jumaat, 24 Mac 2017 [ 6:08:47 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Kenyataan Tender Bil. 04/2017

Tarikh Iklan Tender : 3 Mac 2017

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan/atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

 

BIL. TENDER BUTIR-BUTIR TENDER KELAYAKAN PETENDER TARIKH TENDER DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN TENDER DITUTUP HARGA DOKUMEN
2017/A015

Membekal Dan Menghantar Pokok Orkid Ke Bahagian Pengurusan Taman Botani Perdana (Taman Orkid), Kuala Lumpur.

Bumiputera, Berdaftar Dengan KKM

070201

Tarikh Tender Dibuka

3 Mac 2017 (Jumaat)

Tarikh Tender Ditutup

22 Mac 2017 (Rabu)
RM300.00
2017/A016

Tawaran Bagi Sambungan Bagi Cadangan Menaiktaraf Dan Pengindahan Kawasan Sekitar Leboh Ampang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

Berdaftar Dengan CIDB

Gred G5

Kategori B, CE Dan ME

Pengkhususan

B03 Dan B04 Dan CE01 Dan CE11 Dan CE13 Dan CE14 Dan M01

Dan

Gred G5/G6/G7

Kategori ME

Pengkhususan E02 Dan E06

Tarikh Taklimat Tapak

7 Mac 2017 (Selasa)

9.30 Pagi – 10.30 Pagi

Berhadapan HSBC, Lebuh Ampang.

Tarikh Tender Ditutup

24 Mac 2017 (Jumaat)
RM500.00
2017/A017

Cadangan Kerja-Kerja Pengubahsuaian Rekabentuk Dalaman Di Dalam Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Jalan Yaakob Latif Di Atas Sebahagian Lot 52901, Sebahagian Tanah Kerajaan, Mukim Kuala Lumpur, Bandaraya Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.

Bumiputera, Berdaftar Dengan CIDB

Gred G4

Kategori B

Pengkhususan

B04 Dan B07

 

Tarikh Taklimat Tapak

7 Mac 2017 (Selasa)

11.00 Pagi -12.00 Tengah Hari

Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Tarikh Tender Ditutup

20 Mac 2017 (Isnin)

 

RM400.00 
2017/A018

 

Membekal, Menghantar Dan Menyerahguna Kasut Kulit Untuk Kakitangan Lelaki Dan Wanita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Untuk Tempoh Dua (2) Tahun.

 

Bumiputera, Berdaftar Dengan KKM

020899 
 

Tarikh Tender Dibuka

3 Mac 2017 (Jumaat)

Tarikh Tender Ditutup

22 Mac 2017 (Rabu)
RM300.00
  2017/A019  

Membekal, Menghantar Dan Menyerahguna Kain Pakaian Seragam Untuk Kakitangan Lelaki Dan Wanita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Untuk Tempoh Dua (2) Tahun.

Bumiputera, Berdaftar Dengan KKM

020701

Tarikh Tender Dibuka

3 Mac 2017 (Jumaat)

Tarikh Tender Ditutup

22 Mac 2017 (Rabu) 
 RM300.00

 

  1. Dokumen tender 2017/A016 dan 2017/A017 hanya boleh dibeli di atas talian (online) di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.

  2. Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi tender 2017/A016 dan 2017/A017 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJAyang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan hendaklah membawa :-

    1. Sijil asal dan salinan Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh CIDB

    2. Surat pengiktirafan Bumiputera dengan PKK (jika berkaitan)
    3. Cop Syarikat (Rubber Stamp)

  3. Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.

  4. Bagi pembelian dokumen tender, petender/wakil hendaklah mendaftarterlebih dahulu secara online di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yg didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran.

  5. Pendaftaran kontraktor secara online perlu disahkan terlebih dahulu dikaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan(SPKK), Sijil Perakuan Pendaftaran(CIDB), Pengiktirafan Bumiputera dengan PKK/BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

  6. Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara online dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi/rendah adalah TIDAK DITERIMA.

  7. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  8. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.