Ahad, 15 Disember 2019 [ 7:57:47 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Taksiran Cukai Pintu

<

Pengirim
:
Choi Yan Kin
Maklumbalas / Pertanyaan
:
Jika nak tukar name hakmilik, what is the procedures. Thank you

Tarikh
:

24 May 2016 14:49

Jawapan Maklumbalas
:
Salam Sejahtera,

Untuk makluman, bagi menukar nama pemilik tuan/puan perlu mengisi Notis Pindah Milik Pegangan Berkadar (Borang I&J) seperti dilampiran. Borang I&J yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen-dokumen bagi maksud penukaran nama harta dengan salah satu cara seperti berikut:-

  1.  Email ke <mailto:>
  2.  Faks ke 03-26937119
  3.  Penghantaran pos ke alamat:

        JABATAN PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA
        DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
        TINGKAT 5, BANGUNAN TH PERDANA
        1001 JLN SULTAN ISMAIL
        50250 KUALA LUMPUR

  4.  Urusan kaunter :

        JABATAN PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA
        DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
        TINGKAT 4, BANGUNAN TH PERDANA
        1001 JLN SULTAN ISMAIL
        50250 KUALA LUMPUR


Sila lampirkan :

  1.  Satu salinan perjanji jual beli lengkap yang menunjukkan muka hadapan perjanjian, muka surat yang memaparkan maklumat lengkap harta dan muka surat yang mengandungi tandatangan pembeli, penjual dan peguam.
  2.  Satu salinan bil cukai pintu terkini
  3.  Satu salinan Kad Pengenalan (di palang DBKL SAHAJA)

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi jabatan tersebut ditalian 03-26171000.

 
Tarikh
:

25 May 2016 14:32