Selasa, 23 Mei 2017 [ 5:25:18 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Kenyataan Tender Bil. 09/2017

Tarikh Iklan Tender : 28 April 2017

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan/atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

 

BIL. TENDER BUTIR-BUTIR TENDER KELAYAKAN PETENDER TARIKH TENDER DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN TENDER DITUTUP HARGA DOKUMEN
2017/A056

Cadangan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Jejambat, Jambatan, Terowong, Pagar Keselamatan Dan Lain-Lain Perabot Jalan Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Selama 2 Tahun.

 

 

 

 

Bumiputera, Berdaftar Dengan CIDB

Gred G4

Kategori CE

Pengkhususan

CE32

Tarikh Tender Dibuka

28 April 2017 (Jumaat)

Tarikh Tender Ditutup

19 Mei 2017 (Jumaat)
RM350.00
2017/A057

Cadangan Kerja-Kerja Penyelenggaraan “Expansion Joint” Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Jejambat Dan Jambatan Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Selama 2 Tahun.

 

 

 

 

 

Bumiputera, Berdaftar Dengan CIDB

Gred G4

Kategori CE

Pengkhususan

CE11

Tarikh Tender Dibuka

28 April 2017 (Jumaat)

Tarikh Tender Ditutup

19 Mei 2017 (Jumaat)
RM350.00
2017/A058

Perkhidmatan Sumber Luar (PSL) Pembacaan Meter Dan Pengeluaran Bil Air PA/PPR DBKL.

 

 

 

 

Berdaftar Dengan KKM

210106 Dan 221507

Tarikh Tender Dibuka

28 April 2017 (Jumaat)

Tarikh Tender Ditutup

19 Mei 2017 (Jumaat)

 

RM300.00 
2017/A059

Perkhidmatan Penyelenggaraan Landskap Di Brickfields, Jalan Damansara, Jalan Travers (Termasuk Cerun Mas, Pedestrian Walkway Masjid Negara, Bulatan KTM, Air Pancutan Little India Dan Sekitar Galeria Sri Perdana) Kuala Lumpur.


 

 

 

Bumiputera, Berdaftar Dengan KKM

221002 Dan 222102 Dan 222104

Tarikh Taklimat Tapak

3 Mei 2017 (Rabu)

9.30 Pagi – 10.30 Pagi

Kawasan Lapang Bulatan KTM (Bersebelatan Masjid Negara & Pusat Islam)

Tarikh Tender Ditutup

23 Mei 2017 (selasa)

 

RM300.00 
2017/A060

Cadangan Menaiktaraf Lansdkap Di Kawasan Bulatan Merdeka, Kuala Lumpur.

 

 


 

 

Bumiputera, Berdaftar Dengan CIDB

Gred G4

Kategori CE

Pengkhususan

CE14 Dan CE21

Tarikh Taklimat Tapak

3 Mei 2017 (Rabu)

11.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari

Air Pancut Bulatan Merdeka.

Tarikh Tender Ditutup

23 Mei 2017 (selasa)
RM300.00
2017/A061

Cadangan Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji Dan Mentauliah Sistem Penyaman Udara Berpusat Baru, Dan Membuka Peralatan Sistem Penyaman Udara Berpusat Sediada Di Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

 

 

Berdaftar Dengan CIDB

Gred G6

Kategori ME

Pengkhususan

M01 Dan M15 Dan M20

DAN

Berdaftar Dengan CIDB

Gred G6/G7

Kategori ME

Pengkhususan

E05 Dan E11

Tarikh Taklimat Tapak

4 Mei 2017 (Khamis)

9.30 Pagi – 10.30 Pagi

Bilik Mesyuarat Tingkat 3 Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Tarikh Tender Ditutup

24 Mei 2017 (Rabu)
 RM300.00
2017/A062

Cadangan Membina Sebuah Kelab Sukan 4 Tingkat Dan 1 Tingkat Besmen Tempat Letak Kereta Di Atas Lot 254 & 255, Jalan Tun Sambathan 1, Daerah Brickfields, 50470, Kuala Lumpur.

 

Berdaftar Dengan CIDB

Gred G7

Kategori CE Dan B

Pengkhususan

CE21 Dan B04

Tarikh Taklimat Tapak

4 Mei 2017 (Khamis)

11.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari

Hadapan Kompleks Tun Sambathan (Pines Bazaar), Brickfields. (Bangunan Bersebelahan Kelab Sukan DBKL).

Tarikh Tender Ditutup

24 Mei 2017 (Rabu)
 RM650.00

 

  1. Dokumen tender 2017/A059, 2017/A060, 2017/A061 dan 2017/A062 hanya boleh dibeli di atas talian (online) di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.

  2. Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi tender 2017/A059, 2017/A060, 2017/A061 dan 2017/A062 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan hendaklah membawa :-

    1. Sijil asal dan salinan Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh CIDB

    2. Surat pengiktirafan Bumiputera oleh PKK (Jika Berkenaan)*

    3. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Dan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM)*
    4. Cop Syarikat (Rubber Stamp)

  3. Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.

  4. Bagi pembelian dokumen tender, petender/wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara online di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yg didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran.

  5. Pendaftaran kontraktor secara online perlu disahkan terlebih dahulu dikaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan(SPKK), Sijil Perakuan Pendaftaran(CIDB), Pengiktirafan Bumiputera dengan PKK/BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

  6. Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara online dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi/rendah adalah TIDAK DITERIMA.

  7. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  8. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.