Monday, 11th December 2017 [ 9:27:58 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

OPERASI KESELAMATAN MAKANAN DI LANCARKAN UNTUK KEPENTINGAN MASYARAKAT

                   gambar1    gambar2

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini memulakan Operasi Keselamatan Makanan 2017 di semua bazar Ramadan sekitar ibu negara bagi memastikan semua produk makanan yang dijual menepati piawaian terutama dalam aspek kebersihan.

 

Majlis Pelancaran Operasi Keselamatan Makanan 2017 telah dilancarkan oleh Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusof. Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar dan Pengerusi Persatuan Penjaja Jalan Jujur, Md Zin Surip.

 

Operasi penguatkuasaan sanitasi gerai dan pengambilan sampel makanan berkesan dalam memberi peringatan supaya meletakkan aspek kebersihan sebagai tahap terpenting.

 

Walaubagaimanapun DBKL juga telah memberi taklimat kepada penjaja dalam aspek perundangan, penyediaan makanan bersih dan halal serta aspek pengendalian makanan.