Khamis, 17 Ogos 2017 [ 5:45:10 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Kenyataan Tender Bil. 18/2017

Tarikh Iklan Tender : 8 Ogos 2017

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor / pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan / atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih berkuatkuasa dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

 

BIL. SEBUTHARGA BUTIR-BUTIR TENDER KELAYAKAN PETENDER TARIKH TENDER DIBUKA DAN TENDER DITUTUP HARGA DOKUMEN
2017/A129

Pembekalan Dan Penghantaran Perabot Di Bawah Projek Kecil, Jabatan Perancangan Ekonomi & Pembangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun 2017-2020.

 

Bumiputera, Berdaftar Dengan KKM
020101 Atau 020102

Tarikh Tender Dibuka
8 Ogos 2017 (Selasa)

Tarikh Tender Ditutup
21 Ogos 2017 (Isnin)

RM300.00
2017/A130

Cadangan Kerja-Kerja Pengisaran Dan Penurapan Semula Jalan Di Sekitar Parlimen Cheras, Wilayah Persekutuan  Kuala Lumpur Untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

 

Bumiputera, Berdaftar Dengan CIDB
Gred  G4
Kategori CE
Pengkhususan
CE01 Dan CE21

Tarikh Tender Dibuka
8 Ogos 2017 (Selasa)

Tarikh Tender Ditutup
25 Ogos 2017 (Jumaat)

RM450.00
2017/A131

Cadangan Kerja-Kerja Pengisaran Dan Penurapan Semula Jalan Di Sekitar Parlimen Titiwangsa Dan Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan  Kuala Lumpur Untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

 

Berdaftar Dengan CIDB
Gred  G5
Kategori CE
Pengkhususan
CE01 Dan CE21

Tarikh Tender Dibuka
8 Ogos 2017 (Selasa)

Tarikh Tender Ditutup
25 Ogos 2017 (Jumaat)

RM450.00
2017/A132

Cadangan Kerja-Kerja Pengisaran Dan Penurapan Semula Jalan Di Sekitar Parlimen Seputeh Dan Parlimen Kepong, Wilayah Persekutuan  Kuala Lumpur Untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Berdaftar Dengan CIDB
Gred  G5
Kategori CE
Pengkhususan
CE01 Dan CE21

Tarikh Tender Dibuka
8 Ogos 2017 (Selasa)

Tarikh Tender Ditutup
25 Ogos 2017 (Jumaat)

RM450.00
2017/A133

Cadangan Kerja-Kerja Pengisaran Dan Penurapan Semula Jalan Di Sekitar Parlimen Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan  Kuala Lumpur Untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Bumiputera, Berdaftar Dengan CIDB
Gred  G4
Kategori CE
Pengkhususan
CE01 Dan CE21

Tarikh Tender Dibuka
8 Ogos 2017 (Selasa)

Tarikh Tender Ditutup
25 Ogos 2017 (Jumaat)

RM450.00
2017/A134

Upgrading Of Advance Traveler Information System (ATIS) For Intergrated Transport Information System (ITIS)

Berdaftar Dengan KKM
210102 Atau  210104 Atau 210106 Atau 210107 Atau 210108 Atau 210109

Tarikh Tender Dibuka
8 Ogos 2017 (Selasa)

Tarikh Tender Ditutup
25 Ogos 2017 (Jumaat)

RM300.00
2017/A135

Cadangan Kerja-Kerja Menaiktaraf Kabel Sistem Elektrik Di Dalam Bilik Sesalur Di Kawasan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (PPR Taman Mulia Dan PPR Seri Pantai).

Bumiputera, Berdaftar Dengan CIDB
Gred  G4/G5/G6/G7
Kategori ME
Pengkhususan
E04 Dan E11

Tarikh Taklimat Tapak
10 Ogos 2017 (Khamis)

9.30 Pagi – 10.30 Pagi
Pejabat Kecil PPR Seri Pantai

Tarikh Tender Ditutup
29 Ogos 2017 (Selasa)

RM300.00
2017/A136

Cadangan Pembinaan Pembangunan Landskap ‘Laman Kampong Bharu’ Di Persimpangan Jalan Raja Abdullah Dan Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kampong Bharu, Kuala Lumpur.

Bumiputera, Berdaftar Dengan CIDB
Gred  G3
Kategori CE
Pengkhususan
CE14 Dan CE21

Tarikh Taklimat Tapak
10 Ogos 2017 (Khamis)

11.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Persimpangan Jalan Raja Abdullah Dan Jalan Dewan Sultan Sulaiman Kampong Bharu, Kuala Lumpur.

Tarikh Tender Ditutup
29 Ogos 2017 (Selasa)

RM300.00
2017/A137

Perkhidmatan Penyelenggaraan Landskap Dari Bulatan Segambut Ke Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin, Jalan Sri Hartamas 1, Jalan 23/70A, Jalan Desa Kiara, Kuala Lumpur.

Bumiputera, Berdaftar Dengan KKM
221002 Dan 222102 Dan 222104

Tarikh Taklimat Tapak
11 Ogos 2017 (Jumaat)

9.30 Pagi – 10.30 Pagi
Berhadapan Arkib Negara

Tarikh Tender Ditutup
30 Ogos 2017 (Rabu)

RM300.00

 

  1. Dokumen tender 2017/A135, 2017/A136 Dan 2017/A137 hanya boleh dibeli di atas talian (online) di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.

  2. Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi tender 2017/A135, 2017/A136 Dan 2017/A137 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan hendaklah membawa:-
    1. Sijil asal dan salinan Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh CIDB*
    2. Surat asal dan salinan Pengiktirafan Bumiputera oleh PKK (jika berkaitan)*
    3. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Dan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM)*
    4. Cop Syarikat (Rubber Stamp)

  3. Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.

  4. Bagi pembelian dokumen tender, petender / wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara ’Online di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran.

  5. Pendaftaran kontraktor secara online perlu disahkan terlebih dahulu di kaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), Pengiktirafan Bumiputera dengan PKK / BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

  6. Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara online dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.

  7. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  8. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.