Ahad, 24 September 2017 [ 12:17:56 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Program Bulan Rekabentuk Kuala Lumpur (KUL Design 2017)

kul-design-2017



Sukacita dimaklumkan bahawa, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mengadakan Bulan Rekabentuk Kuala Lumpur bagi edisi ketiga pada bulan Oktober 2017. Penganjuran program tersebut diadakan sebagai salah satu inisiatif DBKL bersama agensi untuk mempromosikan industri rekabentuk kepada umum khususnya di Bandaraya Kuala Lumpur.

 

Bulan Rekabentuk Kuala Lumpur (KUL Design 2017) adalah satu program yang diraikan pada bulan Oktober seiring dengan sambutan ‘World Architecture Days’ yang disambut oleh penggerak industri senibina di seluruh dunia termasuk Malaysia sendiri.

 

Pelbagai program telah dirangka di beberapa lokasi di sekitar Bandar Kuala Lumpur. Layari https://www.facebook.com/kuldesignmonth untuk mendapatkan senarai program yang telah diatur oleh warga kota.

 

Maklumat lanjut :
Sekretariat KUL Design 2017
Jabatan Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan Bangunan
Tingkat 27, Menara DBKL 3, Jalan Raja Abdullah,
50300 Kuala Lumpur
Tel   : 03 2617 6595/ 6608
Faks : 03 2691 3629
Emel :
Web  : http://kuldesignmonth.wix.com/2017