Ahad, 28 Mei 2017 [ 6:27:40 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Profil Jabatan

Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja adalah sebuah jabatan yang berfungsi terhadap kawalan perniagaan yang terlibat di dalam pengendalian, pengeluaran lesen dan tindakan penguatkuasaan terhadap semua aktiviti perniagaan dan penjaja di dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

Jabatan ini mengeluarkan lesen premis perniagaan, iklan, hiburan, penjaja dan peniaga kecil, tempat letak kereta, lesen minuman keras, dan lesen pelbagai serta menguatkuasakan undang-undang yang digunapakai oleh jabatan ini.

VISI

Berusaha dan bersatu tenaga secara produktif, efisien dan berkualiti bagi melahirkan perkhidmatan jabatan yang sentiasa cekap dan profesional

MISI

Meningkatkan keupayaan dan daya usaha ke arah mewujudkan komuniti perniagaan formal dan tidak formal yang profesional dan berdisiplin bagi memajukan perkembangan ekonomi dalam membantu mencapai visi pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menjadikan bandaraya Kuala Lumpur sebagai sebuah bandaraya bertaraf dunia

OBJEKTIF

Memastikan proses permohonan dan keputusan bagi semua jenis lesen perniagaan dilaksanakan mengikut piagam pelanggan serta memastikan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang dijalankan secara sistematik dalam membantu membangunkan perkembangan perniagaan secara terkawal