Isnin, 11 Disember 2017 [ 9:16:48 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Kenyataan Tender Bil. 28/2017

Tarikh Iklan Tender : 24 November 2017

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor / pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan / atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih berkuatkuasa dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

 

**Ralat Kenyataan Tender Bil. 28/1017

BIL. SEBUTHARGA BUTIR-BUTIR TENDER KELAYAKAN PETENDER TARIKH TENDER DIBUKA DAN TENDER DITUTUP HARGA DOKUMEN
2017/A230

Tawaran Perkhidmatan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Dan Pembersihan Perangkap Minyak Di Gerai-Gerai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) Tahun (Lokasi 1)

 

 

 

 

 

 

Bumiputera, Berdaftar KKM

Kod Bidang

221001 Atau 221010

Tarikh Tender Dibuka

24 November 2017 (Jumaat)

Tarikh Tender Ditutup

14 Disember 2017 (Khamis)
RM300.00
2017/A231

Tawaran Perkhidmatan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Dan Pembersihan Perangkap Minyak Di Gerai-Gerai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) Tahun (Lokasi 2)

 

 

 



 

Bumiputera, Berdaftar KKM

Kod Bidang

221001 Atau 221010



Tarikh Tender Dibuka

24 November 2017 (Jumaat)

Tarikh Tender Ditutup

14 Disember 2017 (Khamis)
RM300.00
2017/A232

Tawaran Perkhidmatan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Dan Pembersihan Perangkap Minyak Di Gerai-Gerai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) Tahun (Lokasi 3)

 

 

 

 

Bumiputera, Berdaftar KKM

Kod Bidang

221001 Atau 221010

Tarikh Tender Dibuka

24 November 2017 (Jumaat)

Tarikh Tender Ditutup

14 Disember 2017 (Khamis)
RM300.00
2017/A233

Tawaran Perkhidmatan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Dan Pembersihan Perangkap Minyak Di Gerai-Gerai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) Tahun (Lokasi 4)

 

 

Bumiputera, Berdaftar KKM

Kod Bidang

221001 Atau 221010

Tarikh Tender Dibuka

24 November 2017 (Jumaat)

Tarikh Tender Ditutup

14 Disember 2017 (Khamis)
 RM300.00
2017/A234

Cadangan Menyelenggara, Menaiktaraf Dan Baikpulih Ke Atas “Electronic Scoreboard” Dan “Timing System” Serta Yang Berkaitan Dengannya Di Stadium Hoki Kuala Lumpur, Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur, Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Dan International Radio Control Circuit (KLIRCC) Selama Dua (2) Tahun

 

 

 

Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB

Gred G4/G5/G6/G7

Kategori ME

Pengkhususan E01 Dan E03 Dan E06

Dan

(E11 Atau E02 Atau E03 Atau E06)

Tarikh Taklimat Tapak

29 November 2017 (Rabu)

11.00 Pagi-12.00 Tengah Hari

Bilik Mesyuarat Tingkat 17, Menara DBKL 3, Jalan Raja Badullah, 50300 Kuala Lumpur

Tarikh Tender Ditutup

19 Disember 2017 (Selasa)
 RM300.00

 

  1. Dokumen tender 2017/A234 hanya boleh dibeli di atas talian (online) dilaman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.

  2. Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi tender  2017/A234 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan DIWAJIBKANmembawa:-
    1. Sijil asal dan salinan Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh CIDB
    2. Surat asal dan salinan Pengiktirafan Bumiputera oleh PKK
    3. Cop Syarikat (Rubber Stamp)

  3. Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.

  4. Bagi pembelian dokumen tender, petender / wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara ’Online di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen tender dijalankan secara Online sahaja.

  5. Pendaftaran kontraktor secara online perlu disahkan terlebih dahulu di kaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), Pengiktirafan Bumiputera dengan PKK / BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

  6. Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara online dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.

  7. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  8. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.