Tuesday, 20th February 2018 [ 11:54:21 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Kenyataan Sebutharga Bil. 03/2018

TARIKH IKLAN SEBUTHARGA : 2 FEBRUARI 2018

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor / pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), Kementerian Kerja Raya Malaysia dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) yang beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan berkaitan dan yang masih berkuatkuasa dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

 

BIL. SEBUTHARGA BUTIR-BUTIR SEBUTHARGA KELAYAKAN PETENDER TARIKH SEBUTHARGA DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN SEBUTHARGA DITUTUP HARGA DOKUMENTASI
2018/B011 Membekal Dan Menghantar Baja Ke Jabatan Pembangunan Landskap Dan Rekreasi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bumiputera Berdaftar Dengan KKM
(Beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja),
Kod Bidang Baru
070199

Tarikh Sebutharga Dibuka
2 Februari 2018 (Jumaat)

 

Tarikh Sebutharga Ditutup
22 Februari 2018 (Khamis)
RM50.00

 

  1. Bagi pembelian dokumen sebutharga, petender / wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara ’Online’ di laman http://eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan Sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran.

  2. Pendaftaran kontraktor secara online perlu disahkan terlebih dahulu di kaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan i) Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ii) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), iii) Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), iv) Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

  3. Dokumen sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Sebutharga dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  4. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.

  5. Sekiranya petender tidak mendapat sebarang jawapan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh iklan ditutup maka tawaran dianggap tidak berjaya.