Isnin, 21 Mei 2018 [ 9:27:53 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

RM500,000 naik taraf pasar FRI Kepong

kunan1 

 

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan RM500,000 untuk menaik taraf fasiliti dan infrastruktur Pasar FRI Kepong termasuk sistem aliran longkang, pendawaian lampu, kipas dan pengudaraan serta paip bekalan air. Kerja-kerja menaik taraf pasar itu akan memberi manfaat kepada 74 peniaga selain memberi keselesaan kepada pengunjung.

 

Projek menaik taraf pasar itu akan bermula 15 Mac ini dan dijangka siap dalam tempoh tiga bulan. Selain itu, DBKL turut membina tempat letak kereta bertingkat di PPR Pekan Kepong yang mampu memuatkan 372 kenderaan untuk kemudahan penghuni.

 

Ia turut dilengkapi surau, tandas, sistem kawalan kamera litar tertutup, lif, gelanggang futsal dan badminton, dewan serba guna, bilik komputer dan perpustakaan. - BERNAMA