Isnin, 21 Mei 2018 [ 9:25:54 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Kenyataan Perunding Bil. 01/2018

Tarikh Iklan Perunding : 7 Mei 2018

 

Pelawaan ini adalah terbuka kepada firma perunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam kod bidang seperti di bawah untuk mengambil bahagian di dalam pelawaan berikut:-

 

NO. RUJUKAN BUTIR-BUTIR PELAWAAN DAN HARGA DOKUMEN KOD BIDANG TARIKH TUTUP (12.00 tgh) HARGA DOKUMEN SYARAT UTAMA PELAWAAN
2018/G002 Cadangan Membina Jalanraya Bertingkat Dari Persimpangan Lebuhraya Sprint/Jalan Maarof Ke Persimpangan Lebuhraya Sprint/Jalan Semantan Dan Mengubahsuai Jalan Keluar Masuk Ke Pusat Bandar Damansara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Berdaftar Dengan KKM,
Kod Bidang Baru
330101
(Kejuruteraan Awam) dan
330102
(Kejuruteraan Struktur)

21 Mei 2018 (Isnin) RM50.00  

 

  1. Dokumen pelawaan boleh dibeli di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur dengan mengemukakan resit bayaran dokumentasi yang dibayar secara tunai sahaja. Harga dokumen tidak termasuk GST. Pembelian dokumen bermula 1 April 2015 akan dikenakan GST.

  2. Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos hendaklah disediakan sebanyak tiga (3) salinan setiap satu dan dimasukkan ke dalam sampul surat berasingan yang berlakri dan ditandakan ’Cadangan Teknikal’ dan ’Cadangan Kos’ di sebelah kiri setiap sampul surat berkenaan dan dialamatkan kepada Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur.

  3. Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Pelawaan Terbuka di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan seperti alamat di atas tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  4. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.

  5. Sekiranya perunding tidak mendapat sebarang jawapan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh iklan ditutup maka tawaran dianggap tidak berjaya.