Ahad, 19 Ogos 2018 [ 12:57:39 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Menteri Wilayah Rasmi Majlis Pecah Tanah Padang Bola

                   rasmi padang bola1 rasmi padang bola2

BANDAR TUN RAZAK, 28 Julai 2018 - YBhg. Tan Sri Hj. Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz, Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama Pengurusan Tertinggi DBKL mengiringi YB Tuan Haji Khalid Abd.Samad, Menteri Wilayah ke Majlis Pecah Tanah Padang Bola Sepak Baharu Bandar Tun Razak, pagi ini.

 

Pembinaan padang bola bertaraf Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dijangka siap pada awal tahun depan itu merupakan program tanggungjawab sosial korporat Syarikat Aset Kayamas Sdn. Bhd. selepas mengambil kira keperluan sebuah padang bola di kawasan berkenaan. Turut hadir Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaafar.